Saturday, April 18, 2009

FinancialView_Kegawatan Ekonomi Dunia...

Melihat perkembangan keadaan ekonomi dan politik semasa di seluruh dunia, dijangkakan kemelesetan ekonomi yg melanda seluruh dunia sejak pertengahan tahun 2008 yg lalu hanya akan dapat dipulihkan seawal2nya pd tahun 2010... Akibat dr kemelesetan ekonomi yg melanda ini, ramai pekerja2 mahupun pegawai2 telah dibuang kerja mahupun dipotong pendapatan bulanan mereka agar pihak pengurusan yg menggaji mereka dpt terus beroperasi spt biasa walaupun pd kadar dan keadaan serta suasana yg amat luar biasa...
Kemelesetan ekonomi sentiasa memberi kesan yg amat mendalam kpd seluruh warga dunia... Dr mereka yg terlibat dgn sektor kerajaan sehinggalah sektor swasta bahkan mereka yg mengusahakan perniagaan sendiri, turut merasa tempias masalah ini... Kadar pengangguran juga terus meningkat dari sehari ke sehari walaupun pelbagai usaha yg murni telah dilakukan...
Akibat drp kemelesetan ini, sy dgn ini ingin mencadangkan kpd graduan2 yg menganggur terutamanya supaya merebut peluang drp masalah global ini utk menceburi bidang perniagaan terutamanya dlm sektor pertanian dan perusahaan... Sektor pertanian telah membuktikan kpd dunia bahawa mampu muncul sbg sektor yg cukup produktif dan proaktif utk melahirkan usahawan2 yg berjaya...
Sektor lain yg terbuka utk diceburi adalah pelancongan dan pembuatan barangan kraf ataupun lebih dikenali produk D.I.Y ( Do It Yourself )... Bidang sukan pelancongan ataupun sports-tourism juga boleh mendatangkan pulangan yg cukup lumayan jika anda berani utk mengambil risiko utk menceburinya...
Tahun 2009 baru menghampiri pertengahan tahun... Jadi ambillah langkah yg bijak utk kita bersama-sama membuktikan bahawa rakyat Malaysia dan negara Malaysia mampu muncul sbg negara yg terawal keluar dr kepompong masalah kemelesetan dan kegawatan ekonomi... Jika ada sebarang pandangan dan usul yg mahu dibincangkan, anda semua sbg sahabat dan rakan amatlah dialu-alukan utk mengemukakannya... BE YOURSELF and ACHIVE YOUR TARGET BY BUSINESS...

4 Comments:

At Sunday, July 26, 2009 11:52:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

bisnes ape yer...?

 
At Tuesday, July 28, 2009 1:56:00 AM , Blogger mizie's life said...

aishh...xkan kontraktor pun xtaw nk biznes aper...

 
At Tuesday, July 28, 2009 11:41:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

bagi la contoh,modal kecik & mudah diuruskan...

 
At Wednesday, July 29, 2009 6:55:00 AM , Blogger mizie's life said...

hurmmm macamana ek..nnt sy cuba fikirkan...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home