Sunday, April 19, 2009

SportsLink_Formula One Terus Mengejutkan...

Hari nie Litar Shanghai di China menjadi saksi seterusnya bahawa pasukan gergasi yg memiliki pemandu berwibawa spt FERRARI (Fillipe Massa & Kimi Raikonen), McLAREN (Lewis Hamilton & Heiki Kovalainen) serta WILLIAMS (Nico Rosberg & Robert Kubica) akan terus menggigit jari pd musim ini...
Selepas 3 pusingan yg dilalui dimulakan dgn Albert Park di Australia diikuti Sepang di Malaysia dan hari ini di Shanghai, China, kesemua perlumbaan itu dimenangi pelumba yg boleh dikatakan sbg pelengkap kpd kemeriahan Formula One...
Jenson Button sememangnya mengejutkan semua pihak dgn back-to-back win di 2 perlumbaan awal di Australia dan Malaysia diikuti dgn kedudukan ketiga di China... Pasukan BRAWN GP yg diwakili Button dan Ruben Barrichello kini mendahului kategori pengeluar meninggalkan jauh pasukan McLAREN serta WILLIAMS dan juga FERRARI yg terus bergelut dgn prestasi kereta mereka tanpa sebarang mata utk kategori pengeluar... Manakala Button pula mengungguli kategori pemandu dan mengecapi kegemilangan itu pd ketika ini bersama Barrichello yg menduduki tangga kedua keseluruhan kategori pemandu... Syabas kpd pasukan BRAWN GP serta kedua-dua pelumba mereka....
Hari ini, kejutan terus berlaku di China... Selepas hujan yg menamatkan perlumbaan di Sepang dgn lebih awal, semua pelumba dapat mengharungi hujan di Shanghai utk memastikan perlumbaan dpt ditamatkan dgn jumlah pusingan yg semaksima mungkin... Dan kejuaraan di Shanghai adalah milik pasukan RED BULL melalui pemandu utama mereka dari Jerman, Sebastian Vettel... Kedudukan podium turut dikongsi seorang lg pelumba RED BULL iaitu Mark Webber... Syabas utk pasukan RED BULL dan kedua-dua pemandu mereka....
2 perlumbaan iaitu di Albert Park dan Shanghai diakhiri dgn podium 1-2 milik pasukan BRAWN GP dan RED BULL... Dijangkakan bahawa ledakan kejutan dari kedua-dua pasukan ini serta pasukan TOYOTA akan membayangi kehebatan dan keunggulan pasukan2 tradisi seperti FERRARI, McLAREN dan WILLIAMS...
Seterusnya perlumbaan akan bertumpu di Timur Tengah apabila GP Bahrain akan berlangsung dari 24 April hingga 26 April... Sama2 kita nantikan ledakan kejutan seterusnya... Adakah Bahrain juga akan menyaksikan hujan lebat mengiringi perlumbaan spt di Malaysia dan China... Sama2lah kita nantikan perlumbaan pusingan ke-4 di Bahrain pada 26 April 2009... Kita nantikan dan jumpa di sana....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home