Thursday, April 23, 2009

SportsLink_RED DEVILS...Glory Glory Man.Utd...Part 2...

Hello guys... Welcome back to da RED DEVILS' history through Mizie's view... Hehe... History ney sumer adalah aper yg aku taw setelah aku meminati dan menyokong kelab Old Trafford ney... Maknanya, sumer yg aku akan nukilkan adalah kejayaan, bintang, kenangan, kekuasaan, kesedihan, kejutan dan segalanya tentang United selepas tahun 1993...


Kenangan memenangi double pd tahun '93 walaupun sudah begitu hampir utk mencapai treble dlm pertandingan domestik termasuk juga Perisai Komuniti (Charity Shield) dgn menewaskan Arsenal dlm penentuan sepakan penalti terus meletakkan pasukan yg dibimbing Sir Alex Ferguson mula dicemburui pasukan lawan serta pengurus2 lain selepas itu... Pada ketika Ferguson sudah berkira-kira utk melepaskan jawatan setelah mendapat bantahan dan desakan drp penyokong fanatik RED DEVILS yg mula memuncak, Ferguson telah melakukan beberapa urusan perpindahan dan pembelian pemain baru yg cukup memberikan impak yg begitu besar kpd perjuangan Ferguson dan barisannya slps itu...


Beberapa pemain telah dibawa oleh Ferguson ke Old Trafford seperti Eric Cantona (dari Leeds pd '92), Peter Schmeichel (dari Brondby pd '91), Andrei Kanchelskis (dari Shakhtar Donetsk pd '91), Dennis Irwin (dari Oldham pd '90), Paul Parker (dari QPR pd '91) dan Roy Keane (dari Nottingham Forest pd '93) telah berfungsi dgn begitu sempurna dan telah menjadi lagenda kpd Man.Utd dan membantu Ferguson utk terus kekal di kerusi pengurus Man.Utd...
















Ditunjangi juga dgn keserasian bintang sedia ada spt Mark Hughes, Steve Bruce, Gary Pallister, Brian McClair, Paul Ince dan Lee Sharpe, dan dibantu dgn kehadiran pemain2 berbakat dr Akademi Bolasepak Man.Utd pd '90an yg lebih dikenali "Fergie's Fledglings" spt Ryan Giggs, Gary Neville, Phill Neville, Paul Scholes, Nicky Butt dan David Beckham, Man.Utd terus bernafsu utk memburu kejuaraan demi kejuaraan utk peminat mereka...

Selepas kecemerlangan musim 1993/94 yg diakhiri dgn 2 kejuaraan, musim 1994/95 telah bermula dgn lebih gemilang apabila United berjaya mengekalkan Perisai Komuniti (Charity Shield) dgn menumbangkan Blackburn Rovers 2-0 hasil jaringan Cantona dan Ince... Ketika pasaran perpindahan musim 1994/95 dibuka pd Julai '94, Ferguson hanya menambah kekuatan United dgn seorang pemain iaitu David May yg dibeli dari Blackburn bg mengisi ruang yg ditinggalkan oleh Parker yg sering dihimpit masalah kecederaan...


Namun apabila tiba Januari '95, Ferguson telah mengejutkan bolasepak England apabila mendapatkan Andy Cole dari Newcastle... Cole berjaya melakukan rekod jaringan dgn menjaringkan 5 gol ketika bertemu dgn Ipswich yg berkesudahan United menang 9-0... Namun segalanya bagaikan tidak menjadi pd musim itu apabila United gagal memenangi kejuaraan liga mahupun Piala FA... Selain kegagalan menjuarai kejuaraan utama, 'King Eric' juga telah digantung selama 6 bulan apabila didapati bersalah menyerang dan melakukan tendangan ala-kungfu terhadap penyokong Wimbledon di Selhurst Park... Dan penyokong RED DEVILS makin suram di akhir musim apabila Ferguson mengejutkan semua peminat dgn menjual Ince, Kanchelskis dan juga Hughes...


Dalam masa yg sama, para pengkritik Ferguson mula bertambah lantang dlm bersuara dgn mengatakan bahawa United akan terus merudum dan tidak akan berjaya memenangi kejuaraan dgn barisan 'mentah' termasuk tanpa 3 bintang berstatus elit yg dijual akhir musim 1994/95... Dalam pd itu, Ferguson hanya menambah Ronny Johnsen dr Besiktas dan 'babyface assassin' Ole Gunnar Solskjaer dr Molde pd musim perpindahan 1995/96... Utk melihat apakah hasil dan kejutan drp barisan 'mentah' bimbingan Sir Alex Ferguson ini, nntikan episod seterusnya dalam Part 3...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home