Thursday, June 18, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Langkah Pencegahan...

Kerajaan Malaysia telah menggariskan 10 langkah pencegahan bagi mengatasi masalah dan juga penularan wabak Influenza A H1N1... Keputusan ini diambil dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin...
10 langkah lebih ketat untuk pencegahan H1N1 dari terus merebak di Malaysia ialah :
  • Wajib isytihar status kesihatan
  • Majlis Keselamatan Negara diberi mandat untuk mengambil tindakan sewajarnya
  • Penjarakkan sosial seperti menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam dan perhimpunan
  • Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat terutamanya dari negara yang berisiko H1N1 seperti Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Manila, Filipina
  • Topeng muka dan pelalian influenza bermusim akan dibekalkan
  • Tingkatkan kebersihan tandas awam dan memperluaskan kempen kebersihan diri
  • Kempen melalui media terutamanya melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Hadkan pelawat di hospital seperti hanya 2 pelawat untuk setiap pesakit dan kanak2 di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit
  • Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
  • Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan

Pada ketika ini, Malaysia telah mencatatkan 23 kes yang telah dilaporkan di media - media dengan kes yang terbaru ialah seorang pelajar berusia 17 tahun...

10 Comments:

At Sunday, June 21, 2009 12:24:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

trg still selamat lg kn...

 
At Sunday, June 21, 2009 2:01:00 AM , Blogger mizie's life said...

tulaa...tp klu da start kat KL tu,negeri2 laen knalaa berjaga2...klu da sampai kat kuantan,trg beware laaa...

 
At Sunday, June 21, 2009 10:46:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

takpe...bley refer langkah pencegahan yg mizie da bg tuu...hihii..

 
At Monday, June 22, 2009 4:47:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehehe...betol tuh...tp skrg mmg sume hospital da mula kuatkuasakan hanya 2 org pelawat shj utk setiap pesakit...so pandai2laa bahagi mase utk melawat sesape jek yg masuk spital tu...

 
At Monday, June 22, 2009 6:15:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

hihii...yelaa2...btol tuu...

 
At Tuesday, June 23, 2009 2:38:00 AM , Blogger mizie's life said...

haaa ney mesti kes tak percayakan fakta di sini neh...

 
At Tuesday, June 23, 2009 6:11:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

ishhh...mna de...caye laa...btol pe...

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:15:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehe...bagus2...nanti kenalaa berjaga2...ntah penyakit ape lagi yang akan muncul...

 
At Monday, June 29, 2009 11:26:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

hrp2 pasni xde lg penyakit yg mcm ney...

 
At Tuesday, June 30, 2009 1:13:00 AM , Blogger mizie's life said...

harap2 pun begitulaa...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home