Saturday, June 13, 2009

LifestyleFashionista_Miracle...25 but likes 15...What do You Think...

Pelik tapi menarik kan... Segalanya berkaitan usia... Da sampai umur berapa, tapi orang laen expect kita bersikap dan berperanan dengan umur yang laen... Tak semuanya bagus kan... Kadang2 ada antara kita yang berfikiran lebih ke hadapan atau dengan kata laen, lebih matang dari usianya... Dan dalam sesetengah kes, ada antara kita yang berfikiran terkebelakang atau dengan kata yang lebih mudah, tidak matang ataupun tak matured berbanding pada usianya...
Namun, aper yang lebih menarik untuk dipersoalkan adalah terdapat segelintir orang yang bergelar tua ataupun veteran yang berada di sekeliling kita (terutamanya pada mereka yang masih muda remaja), menilai dan juga memperlakukan sebahagian daripada kita (yang masih muda remaja) tidak sebagaimana usia ataupun umur yang kita miliki pada ketika ini...
Sebahagian daripada mereka (yang telah memasuki golongan 50an) sentiasa merasakan diri mereka adalah yang paling betul sehinggakan pendapat ataupun pandangan orang laen (terutamanya golongan yang berusia bawah 30an) sentiasa kurang tepat @ salah @ tidak jelas sehingga tidak boleh digunapakai...
Sebahagian daripada mereka juga mungkin mengamalkan sikap diktator kerana sentiasa membuat keputusan bagi mereka yang berusia bawah dari 30 tahun walaupun telah melebihi usia 21 tahun... Wajarkah perkara yang diamalkan pada tahun 1901 ataupun tahun 1951 ataupun juga tahun 1971 diamalkan pada masa kini walaupun kita semua sudah menghampiri tahun 2010...? Zaman dah berubah, dunia semakin maju... Namun terdapat juga segelintir daripada umat yang masih belum mampu memajukan pemikiran dan merubah liberalisasi pemikiran dalam mendidik golongan muda pasca millenium...
Bagi diri aku, adalah sangat tidak wajar bagi golongan ibu bapa terutamanya terlampau mengongkong anak2 sehingga mewujudkan prasangka dalam memantau segala aktiviti yang dilakukan anak2... Bagi ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan pada anak2 mereka, pandang2 dan lihat2lah aktiviti mereka dalam konteks yang lebih terbuka namun terkawal agar anak2 tidak hanyut dalam usia muda...
Bagi mereka yang mampu menjangkau pemikiran yang lebih matang (pada mereka yang diperlakukan lebih dewasa dari usia sepatutnya), nikmatilah usia anda dengan sewajarnya... Usia dewasa akan tetap kita lalui andaikata Tuhan yang Maha Esa telah menetapkannya... Dan bagi pihak yang memperlakukan mereka yang sepatutnya sudah matang (mereka yang dianggap tidak matang pada tindakan dan aktiviti dari kacamata orang yang lebih tua), lihatlah kembali aper yang sepatutnya anda berikan pada golongan ini... Andai halangan dan peraturan yang melampau ditampal di pintu rumah, anda akan melihat anak anda dari golongan 30an ke bawah memberontak dan melakukan perkara yang sememangnya anda tidak mahu anak anda lakukan... Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan...

12 Comments:

At Sunday, June 14, 2009 12:05:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

memang tdk wajar ibubapa terlalu@terlampau mengongkong anak2...yg akhirnya akan menyusahkan ibubapa sndri apabila anak2 memberontak...sepatutnya ibubapa lebih pandang jauh kedepan dan sentiasa berfikiran positif demi kebaikan anak2 yg dikasihi dan disayangi...ceeewahhhh...

 
At Monday, June 15, 2009 2:31:00 AM , Blogger mizie's life said...

haa tulaaa pasal...

 
At Sunday, June 21, 2009 11:00:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

kdg2 bkn niat ibu bapa sbenarnya nak control ank2,tp disbbkn keadaan sekeliling yg memaksa ibu bapa bertindak sedemikian...

 
At Monday, June 22, 2009 4:45:00 AM , Blogger mizie's life said...

keadaan sekeliling yg macamana tu..? klu anak2 tu da cukup baik,ikut sume kata2 ibu bapa tp ibu bapa still kongkong jgk macamana tu..? xkanlaa klu klua sbb keje pun xboley nak balik lmbt...? acceptable ke sikap ibu bapa macam ney..?

 
At Monday, June 22, 2009 7:12:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

keadaan sekeliling yg suka jga tepi kain org@brfikiran negatif..mmg menyamph!! xkn krn kje pn xley blik lmbt kot..mcm x adil je kn..wlaupn anak2 da ckup baik ikot ckp diorng...kdg2 ibubapa mcm pntingkn dri sndri je ek..

 
At Tuesday, June 23, 2009 2:46:00 AM , Blogger mizie's life said...

hurmmm payah jugak kan camtu...baik kita kembali jer ke zaman 60an or 70an...lagi senang...

 
At Tuesday, June 23, 2009 8:31:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

real life is 2009 ok...so,kita prlu brainwash diorng @ abaikn jer...then bt je pape yg kita suka...n, if perlu fkir lngkah2 bg mengatasi diorng yg ntah pape...

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:20:00 AM , Blogger mizie's life said...

sebagai contoh..?

 
At Sunday, June 28, 2009 1:43:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

discuss n slow talk wif our parents...

 
At Monday, June 29, 2009 5:43:00 AM , Blogger mizie's life said...

tapi x semestinya discussion can solve da problem ryte..

 
At Monday, June 29, 2009 11:33:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

kdg2 berkesan jgak..depend on situation laa kot..

 
At Friday, July 03, 2009 7:32:00 PM , Blogger mizie's life said...

tulaaa bergantung atas situasi...tapi janganlaa melampau sangat...kenalaa beragak jugak yang remaja nie perlukan jugak kebebasan...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home