Monday, June 22, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Keadaan Semakin Membimbangkan...Sekolah Mula Ditutup...

Kes Influenza A H1N1 di Malaysia telah mencapai kes yang ke-58 pada 21 Jun 2009... Keadaan ini adalah semakin membimbangkan kerana sudah terdapat 7 kes jangkitan tempatan yang telah dilaporkan...
Lebih membimbangkan apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya telah diarahkan untuk ditutup selama seminggu mulai semalam (SJKC. Jalan Davidson) dan hari ini (SRK. Assunta 2) sehingga Jumaat ini...
Selain daripada 2 sekolah berkenaan, 4 lagi sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Petaling Jaya; Sekolah Menengah Wangsa Maju dan Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka, Cheras telah diarahkan untuk menutup satu kelas mulai hari ini sehingga Jumaat ini selepas kes H1N1 dikesan di sekolah2 berkenaan...

51 Comments:

At Monday, June 22, 2009 9:27:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

srk assunta terlibat jgak ek...

 
At Tuesday, June 23, 2009 2:34:00 AM , Blogger mizie's life said...

haah...awak skolah tu ke...?

 
At Tuesday, June 23, 2009 8:24:00 AM , Blogger mizie's life said...

23 JUN 2009 - Influenza A H1N1 meningkat kepada 69 kes...SEKOLAH ANTARABANGSA SERI CEMPAKA, CHERAS DAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN ASSUNTA 1, PETALING JAYA ditutup sehingga Sabtu...

 
At Wednesday, June 24, 2009 2:25:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

langkah2 pencegahan da ada...tanda2 jngkitan?

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:10:00 AM , Blogger mizie's life said...

tanda2 jangkitan...? insya Allah akan di'post'kan tak lama lagi...

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:57:00 AM , Blogger mizie's life said...

24 JUN 2009 - Influenza A H1N1 sudah mencecah 80 kes...

 
At Monday, June 29, 2009 5:33:00 AM , Blogger mizie's life said...

29 JUN 2009 - Influenza A H1N1 sudah mencapai 144 kes...

 
At Monday, June 29, 2009 11:08:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

cptnya merebak...

 
At Tuesday, June 30, 2009 1:12:00 AM , Blogger mizie's life said...

tulaa pasal...so be careful and beware...H1N1 mungkin akan terus meningkat apabila pelajar Malaysia yang berada di luar negara pulang bercuti bermula 15 julai ini...

 
At Tuesday, June 30, 2009 2:29:00 AM , Blogger mizie's life said...

30 JUN 2009 - Influenza A H1N1 sudah mencecah 158 kes...

 
At Friday, July 03, 2009 4:55:00 PM , Blogger mizie's life said...

3 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah mencecah 291 kes...Semakin ramai pelajar sekolah yang disahkan positif H1N1...

 
At Sunday, July 05, 2009 5:00:00 AM , Blogger mizie's life said...

5 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 mencapai 362 kes... Kes jangkitan tempatan sudah mencapai 55 kes... Terus meningkat walaupun pelbagai langkah sudah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia...

 
At Monday, July 06, 2009 7:00:00 AM , Blogger mizie's life said...

6 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 mencapai 434 kes... Kes tempatan meningkat kepada 101 kes...

 
At Tuesday, July 07, 2009 5:49:00 AM , Blogger mizie's life said...

7 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 mencapai 468 kes setakat ini... 133 kes masih dirawat di hospital...

 
At Thursday, July 09, 2009 1:29:00 AM , Blogger mizie's life said...

8 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 mencecah angka 513 kes ketika ini...135 daripadanya kes jangkitan tempatan...

 
At Friday, July 10, 2009 4:40:00 PM , Blogger mizie's life said...

10 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah 627 kes dan kes yang masih dirawat di hospital2 seluruh Malaysia berjumlah 132 kes..

 
At Saturday, July 11, 2009 3:12:00 AM , Blogger mizie's life said...

11 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah mencapai 671 kes iaitu 485 kes import dan 186 kes jangkitan tempatan... Alhamdulillah setakat masih tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia...

 
At Sunday, July 12, 2009 5:16:00 AM , Blogger mizie's life said...

12 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah meningkat kepada 710 kes dengan 73 kes masih lagi dirawat di hospital dan 637 kes sudah pulih sepenuhnya... Antara kes terbaru ialah 4 pelajar UiTM Lendu, Melaka yang didapati positif H1N1... Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu ditutup selama seminggu mulai 11 Julai 2009 apabila 2 pelajarnya didapati positif H1N1... Dan 2 kelas di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 1, Kuala Selangor ditutup juga akibat 2 pelajarnya disahkan positif H1N1...

 
At Sunday, July 12, 2009 5:18:00 AM , Blogger mizie's life said...

Terengganu sudah mulai merasa tempias Influenza A H1N1...Huhuhu...

 
At Sunday, July 12, 2009 11:03:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

SRKSS 1 mula ditutup selama seminggu sehingga kamis ney...

 
At Monday, July 13, 2009 3:04:00 AM , Blogger mizie's life said...

hurmm datz ryte...warga pendidikan dan pelajaran negeri terengganu terutamanya di kuala terengganu mula diselubungi kebimbangan...

 
At Monday, July 13, 2009 4:17:00 AM , Blogger mizie's life said...

keadaan di seluruh dunia pada ketika ini semakin membimbangkan dengan 94,000 kes sudah dilaporkan di seluruh dunia dengan 429 kematian telah dicatatkan...

 
At Monday, July 13, 2009 4:38:00 AM , Blogger mizie's life said...

13 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 di Malaysia sudah mencecah 772 kes dengan 685 kes sudah sembuh dan hanya 87 kes masih dirawat di hospital...

 
At Tuesday, July 14, 2009 7:22:00 AM , Blogger mizie's life said...

14 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah 804 kes...setiap hari semakin meningkat...

 
At Wednesday, July 15, 2009 1:18:00 AM , Blogger mizie's life said...

1 kelas di sekolah menengah aminuddin baki,kuala lumpur dan 1 kelas di sekolah kebangsaan intan baiduri,gombak turut ditutup sehingga esok (16/7/2009)

 
At Wednesday, July 15, 2009 8:28:00 AM , Blogger mizie's life said...

15 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah meningkat kepada 825 kes...562 adalah kes import manakala 263 kes adalah jangkitan tempatan...

 
At Thursday, July 16, 2009 4:42:00 PM , Blogger mizie's life said...

16 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah mencecah 835 kes...

 
At Thursday, July 16, 2009 4:44:00 PM , Blogger mizie's life said...

UiTM Lendu, Alor Gajah ditutup sehingga 24 Julai 2009 berikutan jumlah jangkitan H1N1 semakin meningkat di UiTM berkenaan...

 
At Friday, July 17, 2009 4:37:00 AM , Blogger mizie's life said...

Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Limbang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kuching ditutup sehingga 23 Julai 2009 akibat jangkitan H1N1 yang semakin meningkat di kedua2 sekolah...

 
At Friday, July 17, 2009 4:55:00 AM , Blogger mizie's life said...

17 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 berjumlah 848 kes di Malaysia pada ketika ini... 563 kes import dan 285 kes tempatan... Semakin meningkat dari hari ke hari... Sekolah juga semakin banyak yang ditutup...

 
At Saturday, July 18, 2009 7:26:00 AM , Blogger mizie's life said...

18 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 mencecah jumlah 871 kes...565 kes jangkitan import dan 306 kes jangkitan tempatan...

22 kematian di seluruh dunia setakat ini...

 
At Tuesday, July 21, 2009 7:08:00 AM , Blogger mizie's life said...

Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam ditutup serta-merta sehingga Isnin, 27 Julai 2009...

 
At Wednesday, July 22, 2009 4:10:00 AM , Blogger mizie's life said...

UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang ditutup selama 7 hari sehingga 29 Julai 2009...

 
At Wednesday, July 22, 2009 6:03:00 AM , Blogger mizie's life said...

UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak ditutup sehingga 30 Julai 2009... Ini adalah UiTM ke-3 ditutup berikutan penularan Influenza A H1N1...

 
At Saturday, July 25, 2009 3:29:00 AM , Blogger mizie's life said...

UiTM di seluruh Malaysia dibenarkan menganjak ke hadapan cuti pertengahan semester bermula semalam sehingga 2 Ogos ini...

 
At Saturday, July 25, 2009 3:31:00 AM , Blogger mizie's life said...

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok ditutup seminggu semenjak 22 Julai 2009...

 
At Saturday, July 25, 2009 4:18:00 AM , Blogger mizie's life said...

UiTM Kampus Dungun ditutup selama 10 hari bermula 23 Julai 2009...

 
At Saturday, July 25, 2009 4:19:00 AM , Blogger mizie's life said...

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun ditutup mulai hari ini selama 8 hari...

 
At Saturday, July 25, 2009 7:48:00 PM , Blogger mizie's life said...

25 JULAI 2009 - Influenza A H1N1 sudah sebanyak 1,021 kes dengan 1 kematian...Sebanyak 573 adalah kes import manakala 448 adalah kes tempatan...

 
At Sunday, July 26, 2009 6:26:00 AM , Blogger mizie's life said...

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Aik Keow, Teluk Air Tawar dan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh di Pulau Pinang ditutup selama seminggu mulai semalam...

 
At Monday, July 27, 2009 1:53:00 AM , Blogger mizie's life said...

Sekolah Menengah Sains Dungun ditutup mulai semalam sehingga 1 Ogos 2009...

 
At Monday, July 27, 2009 1:54:00 AM , Blogger mizie's life said...

Persatuan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) di Marang turut ditutup mulai semalam sehingga 1 Ogos 2009...Kes pertama di daerah Marang...

 
At Monday, July 27, 2009 6:22:00 AM , Blogger mizie's life said...

Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di Besut ditutup mulai hari ini selama 7 hari...

 
At Monday, July 27, 2009 9:12:00 AM , Blogger mizie's life said...

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bharu ditutup selama seminggu mulai hari ini...

 
At Monday, July 27, 2009 9:13:00 AM , Blogger mizie's life said...

Malaysia sudah mencatatkan kematian ke-2 hari ini...

 
At Tuesday, July 28, 2009 6:00:00 AM , Blogger mizie's life said...

28 JULAI 2009 - Kematian ke-3 sudah dicatatkan di Malaysia...Jumlah jangkitan H1N1 sudah mencatatkan 1,219 kes...

 
At Thursday, July 30, 2009 4:20:00 AM , Blogger mizie's life said...

30 JULAI 2009 - Jumlah kes di Malaysia sudah mencapai 1,302 kes...

 
At Wednesday, August 05, 2009 7:24:00 AM , Blogger mizie's life said...

5 OGOS 2009 - Jumlah kes Influenza A H1N1 sudah mencecah 1,476 kes dengan 11 kematian telah direkodkan...

 
At Thursday, August 13, 2009 12:09:00 AM , Blogger mizie's life said...

13 OGOS 2009 - Jumlah kematian akibat Influenza A H1N1 sudah 51 orang...

 
At Friday, August 14, 2009 7:14:00 AM , Blogger mizie's life said...

14 OGOS 2009 - 56 kematian sudah dicatatkan di Malaysia...Timbalan Perdana Menteri dijangka mengumumkan tempat2 yang disahkan sebagai kawasan berbahaya untuk dikunjungi berikutan Influenza A H1N1 tidak lama lagi...

 
At Saturday, August 15, 2009 3:09:00 AM , Blogger mizie's life said...

15 OGOS 2009 - 59 kematian sudah dicatatkan di Malaysia dengan 3,574 kes jangkitan sudah dilaporkan...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home