Monday, June 22, 2009

PoliticScenario_Badan Perhubungan UMNO Terengganu...Barisan Pimpinan Baru...Apakah Kesannya...?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein merangkap Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri pada 21 Jun 2009 telah mengumumkan perubahan drastik dalam barisan kepimpinan tertinggi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu...
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan sebaik sahaja Datuk Seri Hishamuddin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan...
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang telah dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan yang baru menggantikan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan... Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan yang baru bagi menggantikan Datuk Mohd Zuber Embong dan bagi jawatan Bendahari Badan Perhubungan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah dilantik bagi menggantikan Datuk Roslan Awang Chik...
Segala perubahan ini adalah bagi memastikan penguasaan di negeri Terengganu dan juga sebagai persediaan untuk menguasai Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang...

5 Comments:

At Monday, June 22, 2009 9:30:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

politik yg semakin parah akhir2 ni...diharap dgn kepimpinan baru dapat kembalikn zaman kegemilangan UMNO...

 
At Tuesday, June 23, 2009 2:36:00 AM , Blogger mizie's life said...

insya Allah...harap2 datuk seri hishamuddin dapat lakukan perubahan dlm politik umno di terengganu...

 
At Wednesday, June 24, 2009 2:30:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

kl xde perubahan jgak,pembankang akan menguasai pilihanrya umum ke-13 dgn mudah sekali...

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:12:00 AM , Blogger mizie's life said...

ya...itulah yang dijangka akan terjadi...so harap2,ahli umno akan menilai dan muhasabah diri masing2 dgn segera...

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:27:00 AM , Blogger mizie's life said...

datuk seri hishamuddin akan mula menjelajah terengganu mulai dgn daerah besut dan setiu menjelang pilihanraya kecil dun manek urai nanti...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home