Tuesday, November 24, 2009

PoliticScenario_MCA...Berterusan Ber'politik'...

Parti komponen terbesar bagi kaum Cina di dalam Barisan Nasional iaitu MCA terus berterusan berpolitik... Apa yang menjadi persoalan ketika ini, kenapa Presiden MCA iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat memecat Datuk Dr.Wee Ka Siong (Ketua Pemuda) dan juga Datin Paduka Chew Mei Fun (Ketua Wanita) dari menganggotai Majlis Presiden Parti MCA sebaliknya melantik Naib Ketua Pemuda dan Naib Ketua Wanita untuk menganggotai Majlis Presiden berkenaan...
Dan yang turut bermain di fikiran adalah, bilakah pemilihan semula parti ini akan diadakan... Permainan tarik tali kepimpinan MCA terus bermain antara Datuk Seri Ong Tee Keat selaku Presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek selaku Timbalan Presiden dan juga Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Naib Presiden parti...
Namun sebagai salah seorang penyokong kerajaan dan juga penyokong Barisan Nasional, saya amat berharap agar kepimpinan MCA akan dapat mengatasi kemelut kepimpinan ini agar rakyat Malaysia terus dapat memberi sepenuh kepercayaan dan mandat terhadap barisan kepimpinan Barisan Nasional termasuklah untuk Pilihanraya Umum ke-13 nanti...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home