Sunday, September 20, 2009

SportsLink_La Vuelta de Espana 2009...Prestij Terus Dikekalkan untuk Kali ke-64...

Perlumbaan jelajah berbasikal kedua terunggul selepas Tour de France iaitu La Vuelta de Espana buat kali ke-64 telah berlangsung dari 29 Ogos 2009 sehingga 20 September 2009 dan berlangsung sebanyak 21 peringkat... Perlumbaan buat tahun 2009 bermula di Assen, Belanda dan berakhir di bandaraya Madrid, Sepanyol...
Perlumbaan edisi ke-64 ini telah disertai oleh 22 pasukan yang menampilkan ramai bintang2 dan jaguh2 lumba basikal dunia... Antaranya adalah Tom Danielson (USA) dan David Millar (Britain) dari pasukan Garmin - Slipstream (USA); Sebastien Hinault (France) dan Rinaldo Noncentini (Italy) dari pasukan Ag2R La Mondiale (France); Damiano Cunego (Italy) dari pasukan Lampre (Italy); Ivan Basso (Spain) dan Daniele Bennati (Italy) dari pasukan Liquigas (Italy); Daniel Navarro (Spain), Chris Horner (Britain) dan Alexander Vinokourov (Kazakhstan) dari pasukan Astana (Kazakhstan); Tom Boonen (Belgium) dan Walter Weylandt (Belgium) dari pasukan QuickStep (Belgium); Matthiew Sprick (France) dari pasukan BBOX Bouygues Telecom (France); Oscar Freire (Spain) dari pasukan Rabobank (Netherlands); Alejandro Valverde (Spain) dari pasukan Caisse D'Epargne (Spain); Cadel Evans (Australia) dan Charles Wegelius (Britain) dari pasukan Silence Lotto (Belgium); Inigo Cuesta (Spain) dari pasukan Cervelo Test Team (Switzerland); Kim Kirchen (Luxembourg) dari pasukan Team Columbia - HTC (USA); Andy Schleck (Luxembourg), Fabian Cancellara (Switzerland), Stuart O'Grady (Australia) dan Frank Schleck (Netherlands) dari pasukan Saxo - Bank (Denmark) dan juga Sebastien Chavanel (France) dari pasukan Francaise Des Jeux (Spain)...
Bagi edisi ke-63 yang berlangsung pada 2008, juara keseluruhan ataupun Jersi Emas (Jersey Oro) telah dimenangi oleh Alberto Contador dari pasukan Astana... Raja Bukit ataupun Jersi Oren (Jersey Naranja) pula dimenangi oleh David Moncoutie dari pasukan Cofidis manakala Raja Pecut ataupun Jersi Biru (Jersey Azul) pula dimenangi oleh Greg Van Avermaet dari pasukan Silence Lotto... Dan juara keseluruhan bagi berpasukan telah dikuasai oleh Caisse D'Epargne...
Dan bagi edisi ke-64 pada 2009 ini, juara keseluruhan ataupun Jersi Emas telah dikuasai oleh Alejandro Valverde dari pasukan Caisse D'Epargne diikuti oleh Samuel Sanchez dari Euskaltel-Euskadi dan Cadel Evans dari Silence Lotto... Bagi kategori Raja Pecut ataupun Jersi Biru pula dikuasai oleh Andre Greipel dari Team Columbia-HTC yang memperoleh 150 mata diikuti Valverde dan juga Daniele Bennati dari pasukan Liquigas... Bagi Raja Bukit ataupun Jersi Oren pula dikuasai oleh David Moncoutie dari pasukan Cofidis dengan meraih 186 mata diikuti David De La Fuente dari pasukan Fuji-Servetto dan Julian Sanchez Pimienta dari pasukan Contentpolis-Ampo... Dan juara keseluruhan bagi kategori berpasukan pula dikuasai oleh Xacobeo Galicia diikuti Caisse D'Epargne dan Astana...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home