Sunday, September 13, 2009

SportsLink_Formula 1...BrawnGP Kembali Mengaum...


Selepas gagal menyinar dalam beberapa perlumbaan, 2 pelumba BrawnGP kembali menyinar apabila menguasai podium 1-2 pada perlumbaan di Litar Monza bagi Formula 1 Gran Premio Santander D'Italia 2009 pada 13 September 2009... Rubens Barrichello semakin menghampiri kedudukan keseluruhan yang dikuasai rakan sepasukan iaitu Jenson Button apabila berjaya mengatasi cabaran Button untuk memenangi perlumbaan ke-13 musim 2009... Button pula berjaya bangkit selepas hambar dalam beberapa perlumbaan untuk menduduki tempat kedua manakala podium ketiga pula dimiliki oleh pemandu Ferrari iaitu Kimi Raikonnen...


Pada perlumbaan ini, pelumba Force India - Mercedes iaitu Adrian Sutil pula menduduki tempat ke-4 manakala Fernando Alonso dari pasukan Renault pula menduduki tempat ke-5... Tempat ke-6 pula dimiliki oleh Heikki Kovalainen dari pasukan McLaren Mercedes, manakala tempat ke-7 dikuasai oleh Nick Heidfeld dari BMW Sauber dan tempat ke-8 pula diduduki oleh Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull...


Selepas berakhirnya perlumbaan ke-13 ini, Button masih menguasai kedudukan keseluruhan dengan 80 mata hanya 14 mata di hadapan Barrichello yang memiliki 66 mata... Vettel terus mengekori dengan 54 mata diikuti rakan sepasukan beliau iaitu Mark Webber yang memperoleh 51.5 mata dan Raikonnen dengan 40 mata...


Perlumbaan berikutnya iaitu perlumbaan ke-14 musim 2009 akan berlangsung di Litar Singapura apabila berlangsungnya 2009 Formula 1 Singtel Singapore Grand Prix pada 25 September 2009 hingga 27 September 2009...

2 Comments:

At Sunday, September 13, 2009 7:10:00 PM , Anonymous Anonymous said...

yey kimi!! hehehe..walaupun brawn GP menang tp yey kimi gaks..:D

 
At Sunday, September 13, 2009 9:45:00 PM , Blogger mizie's life said...

yeay brawn menang...hikhik...next time kimi plak ek...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home