Monday, April 27, 2009

PoliticScenario_DUN Penanti...Antara Rakyat dan Pendirian...

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam satu sidang akhbar semalam telah mengumumkan bahawa pilihanraya kecil Dun Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan diadakan pd 31 Mei 2009 didahului dgn proses penamaan calon pd 23 Mei 2009...
Pilihanraya kecil DUN Penanti dijadualkan semula apabila bekas ADUN Penanti yg juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin meletakkan jawatan setelah menghadapi beberapa masalah serta pendirian beliau utk menyambung pelajaran beliau... Dalam Pilihanraya Umum ke-13 yg berlangsung pd 8 Mac 2008, Mohd Fairuz yg mewakili Parti KeADILAN Rakyat (PKR) telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Jalil Majid dgn majoriti 2,219 undi...
Sekiranya berlaku pertandingan pd 31 Mei ini, pilihanraya ini adalah pilihanraya kecil ke-6 yg diadakan berikutan kematian dan juga perletakan jawatan penyandang yg memenanginya pd PRU ke-13 setelah pilihanraya kecil di Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang) yg dimenangi oleh PKR, Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) yg dimenangi PAS, Parlimen Bukit Gantang (Perak) yg dimenangi PAS, DUN Bukit Selambau (Kedah) yg dimenangi PKR dan DUN Batang Air (Sarawak) yg dimenangi BN...Setelah hanya 13 bulan selepas PRU ke-13, terdapat beberapa pendapat bahawa 6 pilihanraya kecil ini akan terus diikuti dgn beberapa pilihanraya kecil yg lain menjadikan tempoh pentadbiran yg menyaksikan pilihanraya kecil terbanyak diadakan...
Terdapat pelbagai pendapat yg diutarakan oleh rakyat setelah SPR menetapkan pilihanraya kecil di DUN Penanti ini... Adakah satu kemestian pilihanraya diadakan setelah penyandang mengumumkan keputusan utk meletakkan jawatan bg memberi laluan kpd pilihanraya utk diadakan..? Selama ini, kita hanya menyaksikan bahawa pilihanraya kecil akan diadakan apabila penyandang meninggal dunia ataupun menanggung penyakit serius yg mengakibatkan penyandang tidak mampu berkhidmat kpd rakyat di dlm Parlimen atau DUN berkenaan...Daripada 5 pilihanraya kecil yg telah berlangsung, 2 daripadanya terpaksa dijalankan apabila penyandang mengambil keputusan utk meletak jawatan dan pilihanraya di DUN Penanti menjadikannya yg ke-3 terpaksa diadakan kerana penyandang meletak jawatan...
Beberapa pihak juga menyatakan kekecewaan kerana pada dasar dan hakikatnya, apabila pilihanraya kecil terpaksa diadakan, kos pengurusan yg tinggi terpaksa dikeluarkan bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang pilihanraya terutamanya bagi keselamatan pengundi...
Barisan Nasional melalui Presiden BN menyatakan hasrat bahawa kemungkinan utk tidak meletakkan calon di DUN Penanti kerana merasakan tidak wajar bertanding semata-mata melayan sikap pihak pembangkang...Namun Pakatan Rakyat (PR) melalui Penasihat PKR menyatakan kesediaan utk terus bertanding dan meluahkan rasa gembira jika BN tidak bertanding...Terdapat juga yg telah menyatakan hasrat utk bertanding atas tiket Bebas bg pilihanraya kecil ini...
Bagi saya, rakyat harus didahulukan...Kepada penyandang kerusi pd ketika ini, berkhidmatlah kpd rakyat di kawasan masing2 dgn sebaiknya...Tanpa rakyat, anda tidak mampu utk bergelar WAKIL RAKYAT... Segalanya terletak kpd keputusan parti samada mahu bertanding ataupun mahu bergembira dgn melaburkan byk wang semata-mata utk pilihanraya kecil... Bertindaklah secara bijak apabila anda bergelar wakil rakyat...

2 Comments:

At Wednesday, June 24, 2009 2:59:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

pilihanraya kecil mmg satu pembaziran yg merangkumi pelbagai aspek...

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:36:00 AM , Blogger mizie's life said...

tulaa pasal...tapi ader pihak pulak saje2 letak jawatan utk bagi buat pilihanraya kecil...menyusahkan betol...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home