Monday, April 27, 2009

SportsLink_Formula One dan MotoGP...Permulaan Terus Mengujakan...Man.Utd Terus Bertakhta...Selangor ke Piala AFC, Kelantan ke Old Trafford...

2 aksi perlumbaan jentera (kereta dan motosikal) bertaraf dunia semakin hangat dgn kejutan dan keajaiban...Litar Sakhir di Bahrain utk Formula One dan Litar Motegi di Jepun bagi MotoGP menampilkan persaingan yg cukup sengit dan dramatik...

Bagi aksi Formula One, pusingan ke-4 yg berlangsung di litar di tengah2 padang pasir di Sakhir berlangsung dlm cuaca yg cukup panas slps 2 aksi di Sepang dan Shanghai berlangsung dlm hujan lebat... Dan keputusannya, sekali lagi sentuhan ala Midas oleh pasukan BrawnGP telah meletakkan Jenson Button buat kali ketiga setelah 4 pusingan menjulang trofi kejuaraan... Manakala seorang lagi pelumba BrawnGP iaitu Rubens Barrichello menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5... Juara di Litar Shanghai, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull menduduki tempat ke-2 dan pelumba Toyota, Jarno Trulli menduduki tempat ke-3...

Bagi juara 2008, Lewis Hamilton dari McLaren, kedudukan ke-4 pd perlumbaan di Sakhir adalah kedudukan terbaik baginya slps 4 pusingan diharungi... Manakala pasukan Ferrari pula akhirnya berjaya memperoleh mata selepas Kimi Raikonnen berjaya menduduki tempat ke-6...

Kedudukan keseluruhan pemandu terus dikuasai Button slps mendapat 31 mata, diikuti Barrichello dgn 19 mata dan Vettel dgn 18 mata... Bagi kategori pengeluar, BrawnGP yg pertama kali menyertai F1 terus menguasai persada dgn 50 mata diikuti pasukan Red Bull dgn 27.5 mata dan Toyota di tempat ke-3 dgn 26.5 mata... Formula One akan berehat selama 2 minggu sblm beralih ke litar2 di Eropah dimulakan dgn perlumbaan di Litar Catalunya, Sepanyol pd 8 Mei hingga 10 Mei 2009...
_________________________________________________________________________

Bagi perlumbaan MotoGP yg memasuki perlumbaan ke-2 slpas Litar Doha, Qatar yg dikuasai oleh Casey Stoner dari Ducati, perlumbaan ke-2 di Litar Motegi, Jepun ini dimenangi oleh Jorge Lorenzo dari Yamaha... Kekecewaan terus mengulit Valentino Rossi dari Yamaha apabila buat kali ke-2 berturut2 gagal menjuarai perlumbaan walaupun berjaya mengungguli saingan ujian masa... Namun, Rossi berjaya menduduki tempat ke-2 buat 2 perlumbaan terdahulu ini... Dani Pedrosa dari Honda pula menduduki tempat ke-3 bagi perlumbaan di Motegi ini...

Kedudukan keseluruhan bagi MotoGP kini dikuasai oleh Lorenzo dgn 41 mata, diikuti oleh Rossi dgn 40 mata dan Stoner dgn 38 mata... Perlumbaan MotoGP yg berikutnya akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 1 Mei hingga 3 Mei 2009 ini...
_________________________________________________________________________

Dalam Liga Perdana Inggeris pula, kelab KEBANGGAANKU, MANCHESTER UNITED terus berjaya mengungguli dan menjarakkan diri dari Liverpool selepas berjaya menundukkan tekanan Tottenham Hotspur di Old Trafford dgn 5-2... Spurs bermula dgn rentak yg mengejutkan apabila berjaya mendahului United dgn 2-0 sehingga separuh masa selepas Darren Bent dan Luka Modric berjaya mengatasi kehebatan Edwin Van der Sar di gawang United...

Namun segalanya berubah 100% pd separuh masa kedua terutamanya selepas United dihadiahkan sepakan penalti yg dinilai ramai sbg satu kontroversi... Apa sekalipun, 2 jaringan Cristiano Ronaldo, 2 jaringan Wayne Rooney serta jaringan bekas bintang pujaan Spurs, Dimitar Berbatov terus meletakkan United 3 mata di hadapan Liverpool dgn 1 perlawanan kurang drp Liverpool... Kedudukan United akan lebih kukuh seandainya berjaya memanfaatkan extra 1 perlawanan itu... Arsenal pula dilihat semakin rancak mengejar Chelsea utk kedudukan ke-3 liga bagi memastikan slot ke Liga Juara2 Eropah terjamin...

Sementara itu, United terus dihiasi dgn keceriaan setelah bintang yg dicungkil dr Akademi Manchester United iaitu RYAN GIGGS telah berjaya menjulang anugerah PFA PLAYER OF THE YEAR buat kali pertama slps berjaya menjulang PFA YOUNG PLAYER OF THE YEAR sebanyak 2 kali... Giggs yg kini memburu penampilan ke-800 bersama United kini berusia 35 tahun dan mula menyarung jersi utama RED DEVILS pd usia 17 tahun... Namun begitu, 2 calon United utk PFA YOUNG PLAYER OF THE YEAR kali ini iaitu Johnny Evans dan Rafael gagal mengatasi Ashley Young dr Aston Villa utk anugerah itu... Dalam pd masa yg sama, 6 pemain United telah membarisi PREMIER LEAGUE TEAM OF THE YEAR iaitu Edwin Van der Sar, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Cristiano Ronaldo dan Ryan Giggs...

Selepas ini,Manchester United akan menunggu kedatangan Arsenal bagi separuh akhir Liga Juara2 Eropah pd hari Rabu ini manakala utk Liga Perdana Inggeris akan berkunjung ke Riverside utk bertemu dgn Middlesbrough pd 2 Mei 2009... Pada semua peminat dan die-hard MAN.UTD, pastikan sokongan yg tidak berbelah bahagi kpd pasukan kita ini... GLORY-GLORY MAN.UTD...
_________________________________________________________________________

Dalam pd itu, kemeriahan bolasepak dlm negara juga tidak ketinggalan... Dan pasukan Selangor telah menjulang kejuaraan Piala FA kali ke-5 dgn menewaskan Kelantan selepas perlawanan yg tiba2 dramatik pd waktu tambahan yg berakhir dgn 1-1 slps jaringan Norfarhan Mohamad disamakan oleh Amri Yahya pd saat2 akhir perlawanan utk membawa ke penentuan penalti yg menyaksikan Selangor menang dgn 4-1... Selain itu, kapten Selangor dan juga penjaring gol Selangor iaitu Amri Yahya turut dipilih sbg Pemain Terbaik Perlawanan...

Sementara itu, kejuaraan Piala FA ini telah memastikan Selangor utk bermain dalam pertandingan Piala AFC pd musim hadapan... Manakala bagi pasukan Kelantan pula, walaupun gagal menjulang kejuaraan, pihak pengurusan telah menjanjikan lawatan ke Old Trafford kpd semua pemain dan pegawai sebaik sahaja mereka layak ke perlawanan akhir Piala FA ini...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home