HealthySafety_Stadium Sultan Mizan...Tragedi Selepas Setahun...
Selepas setahun berdiri megah di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, tanggal 2 Jun 2009 mengejutkan seluruh penduduk bumi Terengganu Darul Iman khususnya dan penduduk Malaysia amnya apabila pada jam 8.25 pagi, bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, venue utama bagi Sukan Malaysia 2008 (SUKMA '08) telah runtuh... Tragedi ini adalah satu kejadian yang amat mengejutkan kerana stadium berkenaan baru mencecah usia setahun...
Sebahagian bumbung bahagian utama stadium yang mencecah nilai RM272 juta yang menaungi kawasan pentas diraja, tempat duduk penonton dan juga pusat bowling telah runtuh pada awal pagi Selasa yang dianggarkan menelan nilai RM27 juta...
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada jadualnya dijangka dipenuhi dengan atlit dan pegawai yang menyertai Sukan Staf IPTA yang mana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi tuan rumah apabila majlis perasmian dijangka diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 Jun 2009...
Siasatan telah bermula dan kita nantikan sahaja pihak manakah yang akan ditudingkan jari bagi memikul beban kesalahan berkenaan...
9 Comments:
sama2 kita tggu sape yg kena....
haa tulaaa...agak2 saper yg kna ek...
3 bulan diperlukan utk hanya melakukan siasatan...so sebarang kerja di stadium tidak dpt dilakukan...tp ader maklumat dr budak2 karaoke bahawa 26 jun atau 27 jun ney ader pertandingan karaoke kat stadium...which stadium ek...
mebi stadium sul.ismail nasirudin syah@stadium negeri dpn hsnz@stadium tertutup...
hurmmm...tulaaa xpasti...sbb bdk2 kaoke kata kat stadium sultan mizan...ntahlaa nk kna tanya diorg smula...
biar btol kl kat stadium sultan mizan...cam x logik je ek...
26/7 kat stadium sultan mizan...juz time je xsure...
yeZza...i got it,kat dewan Wisma Darul Iman...
hahh..??? dewan WDI..?? ape tu..??
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home