Sunday, May 24, 2009

LifestyleFashionista_So Tired...No Time to be Wasted...Plus Sports Update...

So tired... 2 jer yg dpt aku gambarkan setelah abes jer event 'Minggu Wanita 2009 - Semurni Kasihmu Ibu' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) yg bermula sejak 14 Mei 2009 dan diakhiri dengan Majlis Makan Malam Amal DPMMT yg turut diserikan dgn persembahan nyanyian oleh Saleem dan Ifa Raziah...
Minggu Wanita 2009 berlangsung di perkarangan Hotel Primula Parkroyal Terengganu manakala majlis makan malam berlangsung di Dewan Gamelan yg turut dihadiri oleh Penaung Minggu Wanita 2009 iaitu Toh Puan Sri Wan Hidayah, isteri kpd Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR)...
Selain event ini, Impiana Prima Entertainment turut mengiringi Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Ri-Yaz Heritage and Resort, Pulau Duyong yg dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku NurZahirah yg berlangsung pd 22 Mei 2009...
_______________________________________________________________________
Liga Perdana Inggeris musim 2008/2009 akan melabuhkan tirai dgn perlawanan yg terakhir bagi semua pasukan bertanding pd mlm ini... Namun yg demikian, 'Red Devils' telah merayakan kejuaraan liga ke-18 setelah mengikat Arsenal pd perlawanan ke-37 di Old Trafford pd 16 Mei 2009...
Cabaran seterusnya yg menanti United ialah Juara La Liga Sepanyol 2009 iaitu Barcelona bagi menentukan samada United mampu utk menjadi pasukan pertama benua Eropah yg berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan UEFA Champions League di Rome pd 28 Mei 2009...
Cabaran dalam La Liga Sepanyol 2009, Barcelona yg dibimbing Josep Guardiola mengatasi cabaran Real Madrid dan Seville... Dgn hanya menduduki tangga ke-2, kedudukan Juande Ramos sbg pengurus pasukan Real Madrid semakin terumbang-ambing dgn kemungkinan Jose Mourinho akan mengambil alih jawatan pengurus Real Madrid...
Dalam Serie A Itali 2009 pula, Inter Milan yg dibimbing Jose Mourinho meneruskan penguasaan dgn menjuarai liga jauh mengatasi cabaran AC Milan dan Juventus...
Bagi Bundesliga Jerman 2009, kejuaraan telah sah milik VfL Wolfsburg yg dibimbing Felix Magath buat kali pertama dalam sejarah dgn mengatasi cabaran Bayern Munich dan juga VfB Stuttgart...
_______________________________________________________________________
BrawnGP meneruskan penguasaan dalam Formula 1 musim 2009 setelah mengutip kemenangan ke-5 menerusi Jenson Button dalam perlumbaan Grand Prix Monaco yg juga merupakan kemenangan ke-5 peribadi bagi Button... Selain kemenangan Button, seorang lg pelumba BrawnGP iaitu Rubens Barrichello turut meraih podium di Monaco dgn menduduki tempat ke-2 di belakang Button... Kemenangan Button di Monaco ini meletakkan Button jauh di hadapan dalam kedudukan keseluruhan pelumba dgn 51 mata, 16 mata di hadapan Barrichello yg memperoleh 35 mata diikuti Sebastian Vettel dgn 23 mata...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home