Sunday, May 3, 2009

FinancialView_Take a Break...Business News 2...

Berehat seketika utk selingan dan renungan berkaitan isu semasa dan isu tempatan... Nak komen akan menimbulkan rasa bersalah di hati, tp kalau tak luah pun tak bagus jugak... Pada post sy yg bertajuk 'LifestyleFashionista_Bazaar Night Market...Latest in Town...', sy telah umumkan yg satu tarikan baru iaitu 'Bazaar Night Market' telah dibuka bermula 1 Mei 2009 yg lalu di Bandaraya Kuala Terengganu bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pusat Dagangan Terengganu (TTC)...
Bazaar ini hampir keseluruhannya mengambil konsep Uptown yg terdapat di beberapa tempat di ibu negara... Lebih kurang 60 gerai jualan disediakan oleh pihak Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu bagi disewa oleh usahawan negeri Terengganu khususnya... Peluang ini sebenarnya dibuka khusus bagi usahawan bumiputera Terengganu yg juga merangkap orang Melayu di negeri Terengganu...
Walaupun yg demikian, adalah amat menyedihkan bahawa penyertaan yakni kehadiran usahawan bumiputera merangkap penjual berbangsa Melayu yg telah menyatakan komitmen utk berniaga di Bazaar ini tidak mencapai jumlah separuh pun... 2 hari pertama Bazaar dibuka, cuaca sedikit sebanyak memberi kesan kpd peniaga utk meneruskan jualan mereka...
Pada hari pertama (1/5/2009), Bazaar telah ditutup pd jam 12.45 pagi setelah hujan melanda sejak jam 12.15 pagi... Pada hari berkenaan, lebih kurang 13 gerai sahaja yg berpenghuni... Pada hari kedua (2/5/2009), Bazaar terpaksa ditutup pd waktu yg sgt awal iaitu jam 9.45 malam selepas ribut tiba-tiba melanda pd jam 9.15 malam... Pada waktu ribut melanda, terdapat 15 gerai jualan yg dibuka... Terdapat peningkatan yg sedikit memberangsangkan pd ketika itu yg memberikan harapan kpd pihak pengurusan bahawa hari ketiga akan lebih ceria...
Namun, apa yg terjadi adalah sebaliknya... Pada hari ketiga (3/5/2009), Bazaar ditutup pd jam 12.15 pagi... Namun, itupun dgn hanya 1 gerai sahaja yg ada... Hal ini adalah amat menyedihkan dan sedikit mengecewakan kerana pd hari ketiga hujan rintik-rintik hanya turun sekitar jam 5.30 ptg iaitu kira-kira 3 jam sebelum waktu berniaga bermula... Dan apa yg lebih menyedihkan, terdapat beberapa peniaga yg datang namun tidak membuka gerai jualan mereka kerana bimbang hujan akan turun lagi...
Di manakah letaknya minda dan mentaliti orang Melayu dalam bidang perniagaan..? Mungkin tidak semua yg kurang pintar dlm mentafsirkan suasana, masalah dan jalan penyelesaian... Tetapi apa yg sy ingin luahkan ialah, janganlah hanya pandai mencari alasan dan janganlah terlalu pandai mengambil sikap tunggu dan lihat... Orang Melayu perlu berubah jika ingin menyaingi bangsa lain dalam bidang perniagaan dan kewangan...
Entah di mana silapnya... Cuma apa yg diharapkan ialah suasana ini akan berubah apabila kami pihak pengurusan 'Bazaar Night Market' di TTC ini akan melakukan proses pemutihan pada Selasa 5/5/2009 utk memastikan Bazaar ini akan berjalan lancar dan meriah apabila kembali beroperasi pada jam 8 malam 5/5/2009... Semoga taraf ekonomi orang Melayu akan terus meningkat kpd tahap yg sewajarnya...

4 Comments:

At Tuesday, May 05, 2009 3:14:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mungkin kerana kurang promosi... masih ramai yang tak tahu psl bazar nih... sbg peniaga, pasaran pelanggan perlu dikaji.

 
At Wednesday, May 06, 2009 10:26:00 PM , Blogger mizie's life said...

pasal promosi tu mcm2 da buat...dari banner,bunting,fliers etc da released 2 weeks before event...dlm paper 'n' radio pun da announce...tp mebi normal lar utk event cmnie awal2 xramai dtg..harap2 masuk 2nd week and seterusnya ada ar perubahan...

 
At Friday, May 08, 2009 9:12:00 AM , Anonymous Anonymous said...

promosi ada tapi mungkin tidak berkesan..bukan mengkritik atau mencari salah.... insyaallah, kita sama2 doakan yg terbaik untuk ekonomi ngr, terutamanya untuk bangsa sendiri.

 
At Sunday, May 10, 2009 12:21:00 PM , Blogger mizie's life said...

betol tu...harap2 semua akan berubahlaa dari sehari ke sehari...yg penting,ada improvement...tp,slain promo,cuaca pun memainkan peranan dan isu...harap2 after diz cuaca kat trg ney makin baiklaa...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home