Wednesday, June 24, 2009

IslamicBaraqah_Rejab...Bulan Allah Menjelang Lagi...

Tarikh 24 Jun 2009 adalah bersamaan dengan 1 Rejab 1430 Hijrah... Sekali lagi kita dapat bersama dengan bulan Rejab iaitu salah satu bulan yang cukup diberkati di dalam kalendar Islam...
Rejab bererti ta'zim yang bermaksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan... Oleh kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah S.W.T telah melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya terhadap hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya...
Sabda Rasulullah S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah S.W.T akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat... Bulan Rejab adalah bulan Allah, Bulan Syaaban adalah bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku...
Antara kelebihan bulan Rejab adalah :
  • berpuasa 1 hari akan mendapat Syurga Firdaus
  • berpuasa 2 hari akan dilipatgandakan pahalanya
  • berpuasa 3 hari akan menghalang daripada ke Neraka selama setahun perjalanan
  • berpuasa 4 hari akan dielakkan daripada bala dan musibah
  • berpuasa 5 hari akan aman daripada seksa dan azab kubur
  • berpuasa 6 hari akan bangkit dari kubur dengan wajah yang bercahaya
  • berpuasa 7 hari akan ditutup baginya 7 pintu Neraka
  • berpuasa 8 hari akan dibuka baginya 8 pintu Syurga

Selain daripada itu, Saiyyidina Ali K.W berkata bahawa :

  • berpuasa selama 13 hari seperti berpuasa 3 000 tahun
  • berpuasa selama 14 hari seperti berpuasa 10 000 tahun
  • berpuasa selama 15 hari seperti berpuasa 100 000 tahun

Selain itu, barangsiapa yang meminta ampun (beristighfar) kepada Alllah S.W.T pagi dan petang sebanyak 70 kali ataupun 100 kali pada bulan Rejab, akan diharamkan bagi tubuhnya api Neraka...

Segala apa yang tercatat di atas hanyalah sebahagian daripada kelebihan bulan Rejab yang juga dikenali sebagai Bulan Allah...

2 Comments:

At Thursday, June 25, 2009 1:56:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

sama-sama lh kita memanfaatkn bulan rejab yg mulia ini...

 
At Thursday, June 25, 2009 8:50:00 PM , Blogger mizie's life said...

lebih kurang sebulan lebey saje lg utk Ramadhan..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home