Saturday, August 15, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Semakin Gawat dan Mencemaskan...

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan 5 juta rakyat Malaysia dijangka dijangkiti virus Influenza A H1N1 dalam masa yang terdekat ini... Influenza ini dijangka akan terus berterusan dalam masa 6 bulan sehingga 12 bulan yang akan datang... Setelah sejumlah 59 kematian dicatatkan di seluruh Malaysia daripada sejumlah 3,574 kes yang dilaporkan di seluruh Malaysia, kerajaan Malaysia semakin mengambil serius dalam perkembangan dan peningkatan kes Influenza A H1N1 ini...
YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijangka mengumumkan kawasan yang mempunyai peratusan kes Influenza A H1N1 yang tinggi bersama YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sedikit masa lagi... Rakyat juga senantiasa dinasihati untuk mengurangkan aktiviti berkumpulan di tempat awam bagi mengurangkan risiko pertambahan kes Influenza ini...
p/s : As da info, my school datz I'd been worked in before, SMKA. Durian Guling also are on holiday until 29 August 2009 after there are several reports regarding infection of Influenza A H1N1...

5 Comments:

At Monday, August 17, 2009 12:17:00 AM , Blogger mizie's life said...

17 OGOS 2009 - 62 kematian sudah dicatatkan setakat ini dan ini dijangka terus meningkat...

 
At Monday, August 17, 2009 7:44:00 AM , Blogger mizie's life said...

17 OGOS 2009 (updated) - 64 kematian sudah dicatatkan di seluruh Malaysia dengan sejumlah 4,219 kes jangkitan dilaporkan...

 
At Tuesday, August 18, 2009 4:23:00 AM , Blogger mizie's life said...

18 OGOS 2009 - 67 kematian dengan 4,683 kes jangkitan dilaporkan...

 
At Monday, August 24, 2009 11:53:00 PM , Blogger mizie's life said...

25 OGOS 2009 - 70 kematian sudah direkodkan di Malaysia...

 
At Friday, September 04, 2009 1:50:00 AM , Blogger mizie's life said...

4 SEPTEMBER 2009 - Jumlah kematian akibat H1N1 sudah mencapai 73 orang...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home