Monday, August 3, 2009

LifestyleFashionista_Pesta Terengganu 2009...'Visit Terengganu' Kembali...Pakak Mari Ah Belake Gi Pesta Teranung Ning...

Pesta Terengganu 2009 yang bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Terengganu Darul Iman telah bermula secara rasmi apabila Majlis Perasmian Pesta Terengganu 2009 telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Seri Panglima Raja, Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu... Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh isteri Yang Teramat Mulia Tengku iaitu Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Terengganu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Terengganu 2009 iaitu YB.Datuk Haji Mohd Zaabar bin Mohd Adib...
Majlis perasmian ini juga turut diserikan dengan persembahan oleh Datuk M.Daud Kilau dan juga Azharina... Majlis turut diserikan dengan tarian2 kebudayaan yang dipersembahkan oleh Briged Kesenian Negeri Terengganu...
Pesta Terengganu 2009 berlangsung bermula 31 Julai 2009 dan akan berakhir pada 16 Ogos 2009... Sepanjang Pesta Terengganu 2009 berlangsung, antara artis2 yang akan membuat persembahan adalah Awie, Ramli Sarip, Kristal, Yuna dan lain2... Jadi bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Terengganu adalah dijemput untuk mengunjungi Pesta Terengganu 2009...
"Pakat mari ah belake kite gi rama2 ke Pesta Teranung deh... Ada macang2 dinung... Rugi kalu dok gi... Stak kol 10 pagi sapa kul 12 tengoh malang... Orang jua air ade, jua makanang ade, jua baju ade, jua sluo ade, jua topi ade, pamerang haiwang eksotik ade, funfair ade, karaoke pung ade gok... Rugi sangak2 kalu dok mari weh... Pakak mari abang,adik, kakok... Mari belake deh"...

12 Comments:

At Wednesday, August 05, 2009 1:17:00 AM , Anonymous Anonymous said...

sprint test kude pon de...hehe continue sabtu ni.08.08laks..blakang paddock

 
At Wednesday, August 05, 2009 6:36:00 AM , Blogger mizie's life said...

08.08 what time..? u also involve ke..? 08.08 mebi i'll be at dungun lorh...

 
At Sunday, August 09, 2009 8:21:00 PM , Blogger gjiEsaLim said...

i already go there,but not too interesting maa...

 
At Tuesday, August 11, 2009 1:59:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

haiwan eksotik area mane ek..?

 
At Wednesday, August 12, 2009 11:57:00 PM , Blogger mizie's life said...

hurmm...not too interesting also for me bcoz of da layout...it's not strategic as batu burok...rytez gjie..?

 
At Wednesday, August 12, 2009 11:58:00 PM , Blogger mizie's life said...

haiwan eksotik kat main entrance...sblah post guard...

 
At Friday, August 14, 2009 5:52:00 AM , Blogger mizie's life said...

last event tonight for Impiana Prima at Pesta Terengganu 2009 will be Pertandingan Akhir Karaoke Mencari Bintang Pesta Terengganu 2009...Will start at 9 pm, 14 August 2009...

 
At Friday, August 14, 2009 6:03:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

haarr,malam ni ke..??nape tak inform saya awal2...

petang tadi dah tengok haiwan eksotik...tapi kena pakai kupon...hehee.

 
At Friday, August 14, 2009 6:12:00 AM , Blogger mizie's life said...

huhu...lupe nk btaw...so sowii..

 
At Friday, August 14, 2009 5:04:00 PM , Blogger mizie's life said...

Kamaliana menjadi Bintang Pesta Terengganu 2009 mengatasi Falah dan juga Azren yang menduduki tempat ke-2 dan ke-3...

 
At Saturday, August 15, 2009 8:11:00 AM , Blogger mizie's life said...

Ahad malam akan diadakan rakaman Forum Perdana Ehwal Islam di Padang Polo, Terengganu Equestrian Resort...

 
At Monday, August 17, 2009 12:19:00 AM , Blogger mizie's life said...

Pesta Terengganu 2009 sudah berakhir...Disarankan kepada pihak penganjur jikalau ingin terus mengadakan di Terengganu Equestrian Resort, susunatur gerai jualan, gerai pameran dan pentas utama hendaklah diletak di satu tempat yang sama bagi memastikan kepentingan semua dapat dijaga...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home