Sunday, August 2, 2009

PoliticScenario_Demonstrasi @ Perhimpunan Haram...Menyuarakan Hak Rakyat atau Menyeksa Rakyat..?

Demonstrasi ataupun dalam bahasa yang lebih mudah iaitu perhimpunan secara haram yang diadakan semalam bagi meyuarakan hasrat untuk mempercepatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diilhamkan oleh Gabungan Memansuhkan ISA (GMI), boleh dikatakan gagal untuk menyuarakan hak rakyat, bahkan telah mengakibatkan kesusahan dan juga menyeksa kehidupan seharian rakyat terutama sekali yang berada di ibu negara...
Dalam perhimpunan yang diadakan di sekitar ibu negara pada Sabtu, 1 Ogos 2009, seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan dan melakukan kekacauan telah ditahan untuk siasatan lanjut... Perhimpunan haram yang dianjurkan GMI ini telah mengakibatkan banyak pengangkutan awam mengalami gangguan dan menyebabkan rakyat ibu kota tidak dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa... Perhimpunan ini juga telah menyebabkan rasa tidak selamat terbit di kalangan pelancong yang selama ini melabelkan Malaysia sebagai destinasi yang paling selamat untuk dikunjungi...
Bagi saya, sebagai rakyat yang bertamadun, adalah sesuatu yang amat tidak patut andai kita menyuarakan rasa tidak puas hati melalui demonstrasi mahupun perhimpunan secara haram... Kita sebagai seorang dewasa yang berilmu harus menggunakan saluran yang sepatutnya untuk mengemukakan cadangan mahupun bantahan... Dan sebagai pendapat peribadi, saya amat tidak bersetuju perhimpunan secara haram ini diadakan secara berterusan... Saya lebih bersetuju andai pimpinan sesuatu kumpulan yang tidak berpuas hati itu, mengemukakan bantahan secara profesional dan tidak dengan menggunakan rakyat sebagai benteng dan juga bahan untuk kepentingan diri masing2...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home