Sunday, August 16, 2009

SportsLink_MotoGP...Rossi Again...Ondaway for Another World Champion...

Perlumbaan MotoGP ke-11 berlangsung di Litar Automotodrom Brno bagi Cardion AB Grand Prix Ceske Republiky... Dalam perlumbaan berkenaan, Valentino Rossi yang menunggang jentera Fiat Yamaha memenangi perlumbaan yang ke-5 bagi musim 2009 ini... Tempat kedua dikuasai oleh Dani Pedrosa dari Repsol Honda manakala ketiga pula dikuasai oleh Toni Elias dari San Carlo Honda Gresini Team... Bagi tempat keempat pula dikuasai oleh juara MotoGP ke-10 di Britain iaitu Andrea Dovizioso dari Repsol Honda dan tempat kelima pula dikuasai oleh Loris Capirossi dari Rizla Suzuki MotoGP...
Bagi kedudukan keseluruhan, Rossi terus mengungguli takhta dengan memperoleh 212 mata, diikuti Jorge Lorenzo dengan 162 mata dan Casey Stoner dengan 150 mata... Ini diikuti Pedrosa dengan 135 mata dan Colin Edwards dengan 112 mata...
Perlumbaan seterusnya iaitu MotoGP ke-12 yang akan mengambil tempat di Litar Indianapolis ialah Red Bull Indianapolis Grand Prix dari 28 Ogos 2009 hingga 30 Ogos 2009...

2 Comments:

At Sunday, August 16, 2009 11:58:00 PM , Blogger mizie's life said...

Pemain tenis Britain yang juga pemain nombor 3 dunia, Andy Murray menjuarai Piala Rogers apabila menewaskan Juan Martin Del Potro dari Argentina yang juga pemain nombor 6 dunia dengan 6-7(4),7-6(3),6-1...Murray kini merampas kedudukan pemain nombor 2 dunia dari Rafael Nadal yang gagal di peringkat suku akhir dan kini mengekori Roger Federer yang masih utuh sebagaipemain nombor 1 dunia...

 
At Saturday, August 22, 2009 3:22:00 PM , Blogger mizie's life said...

2009 Formula 1 Telefonica Grand Prix of Europe di Litar Valencia menyaksikan McLaren Mercedes menguasai sesi kelayakan dengan Lewis Hamilton dan juga Heikki Kovalainen akan bermula di petak pertama dan kedua bagi perlumbaan sebenar...Petak ketiga dikuasai Rubens Barrichello manakala keempat dan kelima pula dimiliki oleh Sebastian Vettel dan Jenson Button...Kimi Raikkonen pula akan bermula sebaris dengan Button selepas menduduki petak keenam...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home