Tuesday, April 28, 2009

PoliticScenario_Ilham Pujangga...Pemangkin Kesetiaan dan Kesejahteraan...

Segalanya bermula dgn politik... Melihat kpd situasi negara pd hari ini, kita dapat tafsirkan bahawa perubahan dan perkembangan global turut mendatangkan kesan terhadap senario politik dan pentadbiran negara termasuk juga institusi diRaja... Selain golongan pemimpin dan profesional yg bertindak selaku penggubal undang2 negara, golongan remaja juga terlibat secara tidak langsung dlm penggubalan undang2 yg mengakibatkan tercetusnya revolusi terhadap perkembangan politik dan pentadbiran dlm negara...

Namun, perubahan yg berlaku seharusnya berlandaskan RUKUN NEGARA yg telah digariskan pd awal penubuhan negara supaya tidak tercetusnya keadaan di luar kawalan seperti yg berlaku di Thailand pd ketika ini... RUKUN NEGARA sendiri telah menggariskan bahawa:

Kepercayaan kepada Tuhan;
Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
Keluhuran Perlembagaan;
Kedaulatan Undang-undang;
Kesopanan dan Kesusilaan.

Namun didapati terdapat beberapa golongan yg mula melupakan asas RUKUN NEGARA yg telah secara terang2an melakukan penentangan secara halus dgn membelakangi asas RUKUN NEGARA yg telah dipersetujui semua kaum yg menjadi rakyat Malaysia... Bagi saya, golongan remaja turut perlu menghayati lagu 'ILHAM PUJANGGA' hasil ciptaan Ismail Haron bagi memastikan revolusi, perkembangan, cadangan, iltizam dan pencapaian golongan remaja kini terus berlandaskan RUKUN NEGARA...

Ilham
Dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Ia...Anak muda itu tiada mati
Kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu
Ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada
Perkara yang bukan bukan
Bersuaralah kamu kepada
Perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu
Kepada yang ramai...Sayang...
Pandang yang ramai
Kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untukmu
Tetapi tanyalah apakah baktimu untuk negara
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara

Kau katakan padaku sekarang puan
Apakah pendapat kau
Atas kewajipan muda-mudi

Pembela
Harapan dan tiang
Segala bangsa dan negara

Bagaimanakah cara yang patut
Aku tunjukkan kewajipanku

Kau mempunyai akal bukan
Tepuklah dada tanya selera

Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah dirimu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Kususun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa.
_________________________________________________________________________

Segala kemajuan, keselamatan, kejayaan dan kedaulatan undang2 akan terpikul di atas bahu golongan remaja dan belia apabila tiba masanya... Adalah amat diharapkan agar segalanya akan senantiasa baik dan sempurna agar negara kita akan terus aman dan makmur serta turut dihormati di peringkat antarabangsa...

2 Comments:

At Sunday, June 28, 2009 1:27:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

semangat patriotik perlu ada pada setiap org...

 
At Monday, June 29, 2009 5:46:00 AM , Blogger mizie's life said...

sudah sememangnya dan semestinya semangat patriotik kena ada pada semua terutamanya pada remaja...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home