HealthySafety_Influenza A H1N1...Apa itu H1N1...?
- Demam
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Selesema
- Muntah berkala
- Cirit - birit
Virus ini akan tersebar dan berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin... Seseorang akan dijangkiti samada melalui pernafasan, sentuhan dgn tangan pesakit atau menyentuh permukaan yg tercemar dgn titisan cecair pesakit...
Kebiasaannya, mereka yg dijangkiti biasa memiliki masa 7 hari untuk menyebarkan virus ini, manakala kanak2 memiliki tempoh yg lebih lama untuk menyebarkan virus ini...
Anda mampu mengelakkan jangkitan H1N1 andai anda :
- Menjauhi mereka yg nampak tidak sihat, batuk dan demam
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
- Elakkan berada di tempat awam yg sesak
- Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah pencegahan yg perlu diambil
- Amalkan cara hidup yang sihat dengan mendapatkan tidur yg cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal
Pada ketika ini, kes Influenza A H1N1 di Malaysia sudah mencecah 80 kes... Diharapkan pada semua agar dapat menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri agar dapat menghindari daripada H1N1 ini...
9 Comments:
tanda awal jangkitan dh ada..so,sma2lh kita menjaga keselamatan dan kesihatan diri dripd jangkitan H1N1..
2laaa...pastikan anda berada di tempat yg selamat dan bebas dari influenza ini...
k.trg stil selamat lg kn?
setakat ney walaupun da 140+ kes yang dilaporkan di malaysia, terengganu masih belum mencatatkan sebarang kes jangkitan H1N1...
kes jangkitan H1N1 di kuala terengganu...area ofis sy...huhuu
hahaha...mengada2kan citerlaa tu...ney kes minum ptg smlm ar neh...nk kna ar tu...
ada segelintir doktor tidak bersetuju jangkitan ini dipanggil 'selsema babi'...apa pandangan anda..?
memang tak setuju...kasar sangat bunyinya...
oyeke...dari sudut bahasa mungkin kasar bunyinya...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home