Tuesday, July 28, 2009

LifestyleFashionista_Lelaki Idaman...Coretan Seorang Pelajar...

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang yang buta, bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang papa
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara2 maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Ilahi...


Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak lekang membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran...


Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yang bakhil
Bakhil, bakhil dalam memberikan senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadat kepada Penciptanya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH
Kembali megah di muka bumi
Dan dia seorang yang kaya dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa...



Thanx and credit to Nurul Nadia Mohd Din for giving me an inspiration to write diz down...

8 Comments:

At Tuesday, July 28, 2009 11:39:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

terharunya...

 
At Wednesday, July 29, 2009 6:46:00 AM , Blogger mizie's life said...

thanx to nadia for giving me inspiration to write diz...hehe...susah jgk nk tulis benda yg bagus ney...

 
At Thursday, August 13, 2009 7:58:00 AM , Anonymous Anonymous said...

semoga masih tersisa adam yg benar2 memiliki segala sifat di ats
semoga mampu memakmurkan bumi ini

 
At Friday, August 14, 2009 7:00:00 AM , Blogger mizie's life said...

ameen...harap2nya macamtulaa...

 
At Saturday, August 15, 2009 5:24:00 AM , Anonymous balqis said...

alangkah beruntung wanita i2 dpt memiliki lelaki spt i2..

 
At Saturday, August 15, 2009 8:13:00 AM , Blogger mizie's life said...

datz rytez...ape ciri2 lelaki impian balqis..?

 
At Sunday, August 16, 2009 7:09:00 AM , Anonymous balqis said...

hmm..ciri2 lelaki idaman ek..yg plg penting dia dpt tima dri i n family i seadanya..yg len2 ntah la..i ni jnis xmemilih sgt pun..tima je if dh jodoh..hehe..

 
At Monday, August 17, 2009 12:27:00 AM , Blogger mizie's life said...

oho camtu plax ek...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home