LifestyleFashionista_Daulat Tuanku...Dirgahayu Tuanku Mizan...

Tanggal 20 Julai 2009 merupakan tarikh sambutan Ulangtahun Rasmi Keputeraan Sultan Terengganu iaitu Al - Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al - Muktafi Billahi Shah... Baginda adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan pada ketika ini merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke-13 yang mula ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda pada 13 Disember 2006... Baginda juga telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998...
Sebagai rakyat yang taat setia kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan, patik amat bertuah kerana dapat berkhidmat di bawah pemerintahan Tuanku dan bertaat setia yang patik akan sentiasa menuruti segala perintah Tuanku sebagai pemerintah... Patik juga berharap agar dalam pemerintahan Tuanku, negeri Terengganu khasnya dan juga negara Malaysia amnya akan mendapat nikmat dan manfaat dalam segala bentuk pembangunan dari segi infrastruktur mahupun dari segi pembangunan rohani...
Diharapkan juga agar Allah S.W.T akan melanjutkan usia Tuanku bersama - sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Nurzahirah serta juga putera dan puteri Tuanku berdua iaitu Tengku Nadhirah Zaharah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mu'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'... Daulat Tuanku...
SELAMAT SULTAN
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
4 Comments:
waduhh bisa bingung mencari macamana nak masukkan balik comment...
tahun 2009 adalah ulangtahun keputeraan tuanku yang ke-47...
bangganya saya rakyat jati Terengganu...
Alhamdulillah...sama2 kita membangunkan negeri Terengganu...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home