Sunday, July 19, 2009

SportsLink_MotoGP...'The Doctor' Takluk Sachsenring...Kuasai 101 Grand Prix...


Valentino Rossi dari pasukan Fiat Yamaha kembali memenangi kejuaraan MotoGP apabila berjaya menguasai perlumbaan Alice Motorrad Grand Prix Deutschland 2009 setelah mengusai sepanjang perlumbaan selepas memulakan perlumbaan dari petak utama... MotoGP Germany di Litar Sachsenring adalah perlumbaan ke-9 dalam kalendar MotoGP musim 2009...


Dalam perlumbaan di Sachsenring semalam, Rossi berjaya mengawal asakan berterusan yang dilakukan oleh jaguh Sepanyol yang turut mewakili pasukan yang sama dengan beliau iaitu Jorge Lorenzo... Lorenzo menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 di hadapan cabaran rakan senegara beliau yang mewakili pasukan Repsol Honda iaitu Dani Pedrosa... Tempat ke-4 pula berjaya diraih oleh pelumba Australia yang mewakili pasukan Ducati Marlboro iaitu Casey Stoner manakala tempat ke-5 dikuasai oleh Alex de Angelis dari San Marino yang mewakili pasukan San Carlo Honda Gresini...


Ini adalah kemenangan ke-101 Grand Prix bagi 'The Doctor' dalam sejarah pembabitan beliau dalam perlumbaan... Rossi meraikan kejuaraan ke-100 beliau dalam Grand Prix di Litar Assen, Belanda beberapa minggu yang lalu...


Selepas perlumbaan di Sachsenring, Rossi terus menguasai kedudukan keseluruhan MotoGP dengan memperoleh 176 mata diikuti oleh Lorenzo dengan 162 mata dan Stoner dengan 148 mata... Pedrosa menduduki tempat ke-4 dengan 108 mata diikuti Colin Edwards dengan 83 mata dan Marco Melandri dengan 70 mata...


Kejuaraan MotoGP akan diteruskan dengan perlumbaan pusingan ke-10 di Litar Donington Park bagi kejuaraan British Grand Prix 2009 pada 24 Julai 2009 sehingga 26 Julai 2009...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home