Monday, July 27, 2009

SportsLink_Tour de France 2009...Perlumbaan Berprestij Kali ke-96...

Bermula 4 Julai 2009 yang lalu sehingga 26 Julai 2009, Tour de France berlangsung dengan jayanya sebanyak 21 peringkat... Perlumbaan berprestij yang dilangsungkan buat kali ke-96 ini disertai sebanyak 20 pasukan yang dikategorikan sebagai pasukan2 profesional yang berkelas A dalam perlumbaan berbentuk jelajah seperti ini... Selain Tour de France, 2 lagi perlumbaan jelajah iaitu Giro d'Italia dan Le Vuelta de Espana turut merupakan perlumbaan berstatus 'Hors' di dalam kalendar UCI... Perlumbaan Tour de France pada tahun 2008 telah dimenangi oleh Carlos Sastre dari Sepanyol manakala rekod kemenangan terbanyak Tour de France dikuasai oleh Lance Amstrong dari Amerika Syarikat dengan 7 kejuaraan Jersi Kuning sejak 1999 hingga 2005...
Perlumbaan Tour de France kali ini disertai nama2 besar dalam dunia lumba basikal seperti Carlos Sastre (Sepanyol) dan Thor Hushovd (Norway) dari pasukan Cervelo Test Team yang berpangkalan di Switzerland; Cadel Evans (Australia) dari pasukan Silence-Lotto yang berpangkalan di Belgium; Alberto Contador (Sepanyol), Lance Amstrong (Amerika Syarikat) dan Levi Leipheimer (Amerika Syarikat) dari pasukan Astana yang berpangkalan di Kazakhstan; Fabian Cancellara (Switzerland), Frank Schleck (Belanda), Jens Voigt (Germany) dan Stuart O'Grady (Australia) dari pasukan Saxo Bank Team yang berpangkalan di Denmark; Oscar Freire (Sepanyol) dari pasukan Rabobank yang berpangkalan di Belanda; Mark Cavendish (Britain) dan Kim Kirchen (Belanda) dari pasukan Columbia-HTC yang berpangkalan di Amerika Syarikat; Rinaldo Noncentini (Itali) dari pasukan Ag2R-La Mondiale yang berpangkalan di Perancis; Alexandre Pichot (Perancis) dari pasukan Bouygues Telecom yang berpangkalan di Perancis; Tom Boonen (Belgium) dari pasukan QuickStep yang berpangkalan di Belgium; Sergei Ivanov (Rusia) dari pasukan Katusha yang berpangkalan di Rusia...
Perlumbaan 21 peringkat pada tahun ini meliputi 10 peringkat landai, 7 peringkat pendakian, 1 peringkat separa pendakian, 2 peringkat ujian masa individu dan juga 1 peringkat ujian masa berpasukan... Perlumbaan pada tahun ini bermula di Monaco dan berakhir di Paris melalui beberapa bandar utama di Perancis seperti Marseille, Montpellier, Perpignan, Saint-Girons, Colmar, Annecy dan juga Mont Ventoux...Perlumbaan ini juga melalui Barcelona di Sepanyol...
Dalam perlumbaan bagi jelajah yang berprestij ini, Jersi Kuning (Juara Keseluruhan) telah berjaya dikuasai oleh Alberto Contador dari pasukan Astana dengan masa keseluruhan 85 jam 48 minit 35 saat... Ini diikuti oleh Andy Schleck dari pasukan Saxo Bank dengan ketinggalan 4 minit 11 saat di belakang Contador... Tempat ketiga keseluruhan dikuasai oleh Lance Armstrong juga dari Astana dengan ketinggalan 5 minit 24 saat dari Contador...
Jersi Hijau (Raja Pecut) pula dikuasai oleh Thor Hushovd dari pasukan Cervelo Test Team... Hushovd mengumpul 280 mata diikuti oleh Mark Cavendish dari pasukan Columbia-HTC dengan 270 mata dan Gerald Ciolek dari pasukan Milram dengan 172 mata...
Jersi Polka-Dot (Raja Bukit) dikuasai oleh Franco Pellizotti dari pasukan Liquigas dengan 210 mata diikuti oleh Egoi Martinez dari pasukan Euskaltel-Euskadi dengan 135 mata dan Alberto Contador dari Astana dengan 126 mata...
Jersi Putih (Juara Remaja) pula dimiliki oleh Andy Schleck dari pasukan Saxo Bank diikuti Vincenzo Nibali dari Liquigas dan juga Roman Kreuziger dari Liquigas...
Franco Pellizotti dari Liquigas juga diumumkan sebagai Pelumba Paling Menyerlah dalam jelajah kali ini... Mark Cavendish dari Columbia-HTC juga menguasai 6 peringkat dalam perlumbaan musim ini diikuti hanya 2 peringkat oleh Alberto Contador...
Juara Keseluruhan Berpasukan pula dikuasai oleh pasukan Astana dengan masa keseluruhan 256 jam 2 minit 58 saat... Ini diikuti oleh Garmin-Slipstream 22 minit 35 saat di belakang dan Saxo Bank ketinggalan 28 minit 34 saat...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home