LifestyleFashionista_PPSMI...Pemansuhan yang Bermanfaat atau Hanya suatu Retorik...
Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau singkatannya PPSMI sudah diumumkan secara rasmi pemansuhannya oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin tepat jam 2.15 petang... Antara sebab yang dikemukakan adalah graf pencapaian pelajar dalam matapelajaran yang berasaskan Sains terutamanya Sains (Science) sendiri, Fizik (Physics), Kimia (Chemicals) dan Biologi (Biology) dan juga matapelajaran yang berasaskan Matematik terutamanya Matematik (Mathematics) sendiri dan juga Matematik Tambahan (Additional Mathematics) adalah menurun dengan begitu mendadak terutamanya bagi pelajar2 yang berada di luar bandar...
Namun yang demikian, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyarankan walaupun matapelajaran Sains dan Matematik tidak lagi diajar dalam Bahasa Inggeris dan kembali diajar dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris perlulah diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan lulusan pendidikan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan global... Bahasa Inggeris juga turut disarankan agar terus dikekalkan dalam pemilihan subjek untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan dimaksimumkan kepada 10 subjek sahaja mulai 2011... Apa yang menariknya adalah Bahasa Inggeris pada ketika ini adalah antara 6 matapelajaran teras yang perlu dipelajari oleh pelajar2...
Apa yang menjadi persoalannya, benarkah PPSMI gagal...? Hanya mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang pelajaran dan pendidikan yang boleh mengemukakan jawapannya... Walaupun keputusan pemansuhan sudah diumumkan, namun secara peribadi saya ingin menegaskan bahawa dasar PPSMI adalah suatu dasar yang baik dan berkesan bagi meningkatkan mutu persaingan pelajar2 Malaysia di peringkat yang lebih tinggi dan juga antarabangsa... Kepentingan Bahasa Inggeris dalam kehidupan pelajar2 juga semakin meningkat apabila mereka perlu mempelajari subjek2 lain dalam Bahasa Inggeris...
Mantan Perdana Menteri ke-4 Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad juga mempunyai pandangan yang positif terhadap perlaksanaan dasar PPSMI kerana pada ketika Tun melancarkan dasar PPSMI ini, beliau mempunyai pandangan dan wawasan yang cukup bersepadu dan strategik bagi memastikan rakyat Malaysia terutamanya dari peringkat akar umbi mampu untuk menampilkan imej Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020...
15 Comments:
rm 5 billion diperuntukkan utk meningkatkan mutu bahasa inggeris mulai 2010...
bahasa inggeris dijadikan subjek wajib lulus dalam spm sbagaimana bahasa melayu...ini akan meningkatkan kepentingan bahasa inggeris...maka akan adalah kertas julai utk bahasa inggeris sebagaimana kertas julai bahasa melayu ketika ini...
back to square ones during my secondary days.. damn i feel so old..hehehe
haha...so old..?how old are u..?
masa pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris akan ditambah kepada 70% bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa inggeris dengan sebaiknya...
sya pun sokong PPSMI..
en.mizie,
let just say zaman saya spm, my english paper code is 1119 and during my english lesson i learn english literature. i dont call myself old as age is just a number. But i consider myself mature beyond my looks ;)
anyway, i do believe our younger generation need to be more fluent in english for a better life prospect in the future.
PPSMI sepatutnya diteruskan...namun dalam pada itu, saya masih menyokong keputusan kerajaan...
i also support eLVie opinion...at da same time,english must be one of the important subject for all students...
every field of jobs at diz moment really need to the english...so all of the students must fluent in english not only for their writting,but also for their communication...
eLVie,u're right...
errr..... speechless. gegege..
i cakap apa i rasa ja.. coz dari mana i duduk nih i nampak betapa payah nyer if our younger generation tak reti @ malu berbahasa inggeris.
btol tu elvie...
:D ngeee
yah datz ryte... it is very important for us and our young generation to master in english communication... walau apepun keputusan kerajaan,diharap tidak akan menyebabkan bahasa inggeris dipinggirkan...
lebih 1,000 guru pakar dan terlatih bahasa inggeris dari united kingdom dan australia akan dibawa masuk mulai januari 2010 bagi meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris...
kurikulum baru bahasa inggeris akan dimulakan januari 2010...pelbagai pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku termasuklah dalam bentuk muzik,sastera,choral speaking dan sebagainya...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home