Friday, July 3, 2009

LifestyleFashionista_Pegawai Tadbir dan Diplomatik...Program Assessment Centre Tamat...So Difficult..

Program Assessment Centre bagi Pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTAN WILAYAH TIMUR (INTIM) di Bukit Geliga, Kemaman berakhir secara rasmi jam 5.30 pm pada 3 Julai 2009...
Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta kursus seramai 215 orang pada jam 8 am sehingga 9.30 am... Sesi bermula dengan taklimat mengenai pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik daripada Puan Rahayu Ahmad dan Puan Laila Khalidah Ismail pada jam 9.30 am sehingga 10 am...
Sesi pertama bermula dengan sesi perbincangan dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk 'Economy Crisis Affects the Global'... Kumpulan 15 yang disertai saya dianggotai seramai 11 orang ditempatkan di Bilik Sidang Video di Bangunan Akademik INTIM... Sesi bermula jam 10.10 am sehingga 11.10 am... Sedikit sukar kerana kumpulan saya disertai oleh mereka yang cukup arif dan mahir dalam bidang kewangan dan pengurusan bank...
Sesi kedua diadakan pada jam 11.10 am sehingga jam 12.35 pm... Saya bernasib baik kerana tidak perlu bertukar bilik sesi kerana turut ditempatkan dalam Kumpulan 15 di Bilik Sidang Video di Bangunan Akademik INTIM... Tajuk perbincangan bagi sesi kedua iaitu sesi perbincangan dalam Bahasa Melayu ialah 'Komunikasi Maya Menggugat Penggunaan Bahasa'... Kumpulan 15 ini turut disertai oleh 11 orang dari pelbagai latar belakang... Kali ini keyakinan saya agak bertambah kerana pengetahuan dalam mendidik pelajar boleh digunakan...
Sesi ketiga iaitu sesi Ujian Sahsiah dan Ujian Minat bermula pada jam 2.30 pm sehingga 3.30 pm... Sesi ini dijalankan di Dewan Utama INTIM... Kebanyakan soalan yang dikemukakan daripada 430 soalan yang dikemukakan adalah berkaitan integriti...
Sesi terakhir pula diadakan di Kompleks Sukan INTIM pada jam 3.30 pm sehingga 5.30 pm... Sesi terakhir ini adalah sesi kemahiran menyelesaikan masalah dalam kumpulan selama 1 jam, diikuti dengan Ujian Fizikal yang juga diadakan selama 1 jam...
Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan kursus ini... Amatlah diharapkan agar saya akan lulus kursus ini bagi meneruskan perjuangan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik...

10 Comments:

At Sunday, July 05, 2009 1:59:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

lps ni kna ambik tau psal kewangan n pengurusan bank lak...then update kat blog ni yer..

 
At Sunday, July 05, 2009 2:28:00 AM , Blogger mizie's life said...

hohoho tulaaa...nanti nak kna 'post' pasal krisis ekonomi pulak...huhu

 
At Sunday, July 05, 2009 9:13:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

bgus2...

 
At Tuesday, July 07, 2009 2:00:00 AM , Blogger mizie's life said...

tapi tulaa xcukup ilmu lagi...hahaha...nk kena buat more research sal tu...

 
At Tuesday, July 07, 2009 2:45:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

stdy ekonomi mmg memenatkan kepala sya...huhuuu

 
At Tuesday, July 07, 2009 5:36:00 AM , Blogger mizie's life said...

tulaa kan...economy ney sbnarnya amat complicated..

 
At Saturday, July 11, 2009 3:16:00 AM , Blogger mizie's life said...

ada beberapa pandangan mengatakan tidak semestinya mereka yang bercakap 'banyak' ketika kursus akan dipilih...hurmmm...kerana ada beberapa pendapat org berpengalaman mengatakan pada ketika ini ada pegawai daerah yang dilantik adalah dari mereka yang kurang bercakap tetapi mampu melakukan tugas dengan cekap...

 
At Sunday, July 12, 2009 9:41:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

btol jgak...kadang2 mereka yang kureng bercakap ni lebih berkemampuan dalam melakukan kerja n etc..n yang banyak cakap lak kadang2 tau cakap jer tapi kureng cekap buat kerja@xtau terus buat kerja...hihii.

 
At Monday, July 13, 2009 2:58:00 AM , Blogger mizie's life said...

hahaha...tulaaa...lebey byk bercakap dr bekerja...macamana kerja nak siap kan..

 
At Friday, August 14, 2009 7:07:00 AM , Blogger mizie's life said...

RESULT PROGRAM ASSESSMENT CENTER - GAGAL...Huhu...Kena cuba lagi lorh...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home