Tuesday, July 7, 2009

SportsLink_Atlit Malaysia...Di mana Semangat Perjuangan Mereka...?

Apa sudah jadi dengan sukan tradisi negara kita iaitu sepak takraw...? Terbaru dalam Kejohanan Piala Raja Thai, pasukan takraw negara terus menerus diaibkan selepas aib yang diterima di Kuala Terengganu dalam Kejohanan Sepak Takraw Dunia yang berlangsung awal Jun yang lalu...
Dalam Kejohanan Piala Raja Thai, pasukan takraw Malaysia diaibkan pasukan yang pada suatu ketika dulu tidak mengenali takraw di benua Asia Tenggara iaitu Indonesia... Dan berikutnya, pasukan takraw Malaysia terus ditunjukkan dunia sebenar apabila diaibkan pasukan yang suatu ketika dahulu langsung tidak terlintas di fikiran akan menyertai sepak takraw iaitu pasukan Korea Selatan....
Apa yang akan terus terjadi pada sukan negara kita...? Bolasepak sudah ke mana... Badminton tidak mempunyai pelapis yang berkaliber untuk menandingi Datuk Lee Chong Wei... Hoki merudum ke tangga ke-14 carta dunia... Pada sukan apakah lagi yang perlu kita bergantung harap untuk memberi kebanggaan kepada negara Malaysia yang tercinta ini...?
Diharapkan agar akan muncul sinar baru hasil sentuhan daripada Menteri Belia dan Sukan yang baru iaitu Datuk Ahmad Shabeery Cheek supaya nama Malaysia akan kembali digeruni di Asia Tenggara khususnya dan di seluruh dunia amnya... Sukan SEA akan berlangsung pada Disember ini di Laos... Semoga sukan negara akan kembali mendapat sinar kejayaan...

10 Comments:

At Saturday, July 11, 2009 3:19:00 AM , Blogger mizie's life said...

saya berpendapat atlit malaysia patut dihantar mengikuti program latihan khidmat negara bagi memastikan semangat mereka untuk menjulang nama negara sentiasa membara dan berkobar-kobar...

 
At Saturday, July 11, 2009 3:20:00 AM , Blogger mizie's life said...

PSM berpendapat kegagalan dalam kejohanan Piala Raja Thai tidaklah seteruk kejohanan dunia di terengganu...namun di mata rakyat, ia masih satu kegagalan yang tidak mampu diterima...bangkitlah, buatlah satu revolusi bagi memastikan sepak takraw tidak terus diperkotak-katikkan...

 
At Sunday, July 12, 2009 9:52:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

kenape yer..??kurang minat kot..?

 
At Monday, July 13, 2009 2:52:00 AM , Blogger mizie's life said...

kurang minat..?saya tidak rasa yang kurang minat boleh dijadikan sbg alasan...pada pendapat saya,atlit2 malaysia terlalu dimanjakan...mana mungkin pada fikiran logik kita negara2 yang bermasalah seperti iraq,palestin,togo,afghanistan,pakistan mampu melahirkan atlit2 yang berkualiti tinggi sedangkan atlit negara hanya segelintir sahaja yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa...

 
At Tuesday, July 14, 2009 3:23:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

mmm,mereka mmg berminat sbenarnya...dulu masa skolah,mmg bdk2 bola class sya excited giler biler ada game...tiap2 ptg training...sampai ler skg still maen bola lg...tp knape x sehebat pemain bola antarabangsa...diorng jemput gi tgk game pn cam xde mood nak g tgk...huhuu...

 
At Wednesday, July 15, 2009 1:09:00 AM , Blogger mizie's life said...

itulah masalahnya...saya rasa tahap profesionalisme atlit kita masih belum memuncak...

 
At Thursday, July 16, 2009 1:11:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

yang di pengaruhi oleh pelbagai aspek..

 
At Sunday, July 26, 2009 5:51:00 AM , Blogger mizie's life said...

apakah contoh pelbagai aspek yang cuba dinyatakan cik hannahmontana..??

 
At Sunday, July 26, 2009 11:31:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

mental dan fizikal...

 
At Monday, July 27, 2009 11:04:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

pemakanan...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home