Friday, July 3, 2009

SportsLink_Manchester United...Second Arrival...Michael Owen...

Manchester United melakukan urusan perpindahan yang agak mengejutkan pada ketika ini apabila telah berjaya menandatangani Michael Owen dengan kontrak selama dua tahun... Owen menjadi agen bebas apabila kontrak beliau bersama Newcastle United tamat pada 1 Julai 2009... Oleh yang demikian, United tidak perlu mengeluarkan sebarang wang untuk melengkapkan perpindahan Owen ke Old Trafford... Owen sebelum bersama Newcastle, pernah menyarung jersi Liverpool dan juga Real Madrid... Diharapkan agar Owen dapat menjadikan gandingan beliau dengan Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov pada musim akan datang sebagai gandingan serangan yang cukur digeruni... Owen juga diharapkan dapat mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Carlos Tevez yang menyertai Manchester City...


Selain itu, pemain tengah prolifik United yang berasal dari Brazil iaitu Rodrigo Possebon telah menyertai Sporting Clube de Braga di Portugal secara pinjaman untuk sepanjang musim 2009/2010... Musim lalu, Rodrigo Possebon yang kini berusia 20 tahun telah mempamerkan 8 persembahan yang cukup menakjubkan bagi United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang disertainya... Rodrigo Possebon disunting daripada kelab Internacional di Brazil pada Januari 2008...Diharapkan Rodrigo Possebon dapat meningkatkan lagi prestasi beliau di Portugal sebelum kembali untuk beraksi di Old Trafford untuk musim 2010/2011...

4 Comments:

At Sunday, July 05, 2009 1:51:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

tevez pn da tggalkn man.U ek...huhuu...xsabar nk tgk owen beraksi utk team man.U....hrp2 gandingan mereka akan lebih mantap..

 
At Sunday, July 05, 2009 2:24:00 AM , Blogger mizie's life said...

harap2 owen tidak akan dibelenggu kecederaan lagi...

 
At Tuesday, July 07, 2009 2:49:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

hrp2 camtu laa yer...

 
At Tuesday, July 07, 2009 6:04:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehehe dats ryte...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home