Sunday, July 5, 2009

SportsLink_Grand Slam Record...Only for Roger Federer...


Roger Federer mencatatkan rekod baru dalam sejarah kejuaraan Grand Slam apabila memenangi kejuaraan Grand Slam ke-15 di Wimbledon sebentar tadi... Kejuaraan Grand Slam merangkumi 4 kejuaraan iaitu Terbuka Australia di Melbourne Park, Terbuka Perancis di Roland Garros, Wimbledon di Wimbledon Arena dan Terbuka US di New York...


Rekod kejuaraan Grand Slam terbanyak sebelum ini dimiliki Pete Sampras dari Amerika Syarikat dengan 14 kejuaraan sebelum disamakan oleh Federer selepas menjuarai Terbuka Perancis 2009 di Roland Garros apabila menewaskan Robin Soderling dari Sweden pada 7 Jun 2009 yang lalu dengan keputusan 6:1, 7:6 (7:1), 6:4...


Rekod Federer dalam kejuaraan Grand Slam adalah 3 kejuaraan di Terbuka Australia pada 2004, 2006 dan 2007; 1 kejuaraan di Terbuka Perancis pada 2009; 5 kejuaraan di Wimbledon pada 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007 dan juga 5 kejuaraan di Terbuka US pada 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008...


Federer memenangi kejuaraan Grand Slam pertama dirinya di Wimbledon pada 2003 apabila menewaskan Mark Phillippoussis dari Australia... Kejuaraan pertama Terbuka Australia dicapai pada 2004 apabila menewaskan Marat Safin dari Russia... Manakala kejuaraan pertama Terbuka US dicapai setelah menewaskan Lleyton Hewitt dari Australia...


Dalam menggapai kejuaraan ke-15 di Wimbledon, Federer mengatasi cabaran Yen-Hsun Lu dari Taiwan di pusingan pertama, Guillermo Garcia-Lopez dari Sepanyol di pusingan ke-2, Phillip Kohlschreiber dari Germany di pusingan ke-3, Robin Soderling dari Sweden di pusingan ke-4, Ivo Karlovic dari Croatia di suku akhir dan Tommy Haas dari Germany di separuh akhir...


Dalam perlawanan akhir, Federer menjinakkan cabaran getir daripada Andy Roddick dari Amerika Syarikat yang berlanjutan sehingga set penentuan dengan keputusan 5:7, 7:6, 7:6, 3:6, 16:14... Sejurus mengusai Wimbledon, Federer kembali merampas takhta selaku pemain no.1 dunia yang sebelum ini dikuasai oleh Rafael Nadal dari Sepanyol... Selepas ini, Federer akan menyertai kejohanan Piala Rogers yang dijadualkan berlangsung di Montreal, Kanada...

3 Comments:

At Saturday, July 11, 2009 3:17:00 AM , Blogger mizie's life said...

15 sudah dicapai...sampras berpendapat kemungkinan federer mampu mencapai rekod 18 hingga 20 kejuaraan grand slam...

 
At Sunday, July 12, 2009 9:46:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

woww...federer yang mantap..!!

 
At Monday, July 13, 2009 2:53:00 AM , Blogger mizie's life said...

federer mantap,namun cabaran nadal tidah boleh dipandang sebelah mata...nadal belumpun berusia 25 tahun tetapi sudah memiliki wang yang bernilai jutaan...hurmmm...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home