Friday, July 3, 2009

SportsLink_Transfer Windows...Semuanya disapu Real Madrid...

Pergilah kesemua bintang2 bolasepak dunia yang ada ke Real Madrid... Dan tahun depan biarlah kita semua menjadi saksi samada bintang2 yang menyerlah di kelab2 lain, akan menyerlah atau tidak di Bernabeu... Arkitek 'perampas' bintang2 dunia ini adalah Florentino Perez...
Selepas memikat Luis Figo, Zinedine Zidane dan Ronaldo ke Bernabeu suatu ketika dahulu, tahun ini Perez kembali dengan imej dan polisi membawa bintang2 ternama bolasepak dunia sebagai tarikan dan cara untuk memastikan Real Madrid kembali merampas kejuaraan La Liga daripada Barcelona...
Tahun ini sahaja Perez dan Real Madrid telah membelanjakan sebanyak 136 juta Pound untuk membawa Kaka (56 juta Pound) dan Cristiano Ronaldo (80 juta Pound)... Real Madrid juga telah mendapatkan Raul Albiol dengan yuran perpindahan sebanyak 13 juta Pound... Terbaru, Real Madrid telah memastikan khidmat Karim Benzema dari Lyon untuk mereka dengan nilai perpindahan sebanyak 29.7 juta Pound... Dan dalam masa yang sama, Frank Ribery dari kelab Bayern Munich juga sedang menanti pelepasan dari kelabnya untuk menyertai 'Galacticos' yang lain di Real Madrid dengan jangkaan perpindahan beliau bernilai 50 juta Pound...
Pada ketika ini sahaja tidak termasuk bayaran untuk khidmat Ribery, Perez dan Real Madrid sudah membelanjakan wang sebanyak 178.7 juta Pound menyamai nilai 210 juta Euro menyamai nilai RM 1.029 Billion...

10 Comments:

At Friday, July 03, 2009 6:54:00 AM , Blogger mizie's life said...

adakah michael owen akan menjadi pengganti carlos tevez di man.utd..?sabtu (4/7) ataupun ahad (5/7) akan menjadi penentu selepas owen menjalani ujian kesihatan pada jumaat (3/7)...

 
At Sunday, July 05, 2009 1:55:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

owhhh..kaka..!!

 
At Sunday, July 05, 2009 2:26:00 AM , Blogger mizie's life said...

hurmm tulaa...kaka,ronaldo,benzema dan ribery sudah menjadi galacticos...

 
At Sunday, July 05, 2009 9:07:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

tp ronaldo cam dh sebati dgn man.U ekk..huhuu

 
At Monday, July 06, 2009 2:40:00 AM , Blogger mizie's life said...

tak perlu risau...kehadiran valencia dan owen akan melenyapkan kenangan pada ronaldo...semua lagenda united yang menyarung jersi no.7 bersara selepas memakai jersi no.7 kecuali beckham dan ronaldo...george best, bryan robson, eric cantona... beckham dan ronaldo berhijrah ke real madrid selepas menguasai jersi keramat united no.7...

 
At Tuesday, July 07, 2009 2:46:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

ooo...camtu ekk..

 
At Tuesday, July 07, 2009 5:34:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehe...macamtulaaa...only beckham and ronaldo yg berpindah...tupun ke kelab yg sama iaitu real madrid...beckham gagal menyerlah,apa akan jadi pd ronaldo...? di real madrid,ronaldo akan memakai jersi no.9...

 
At Wednesday, July 08, 2009 6:42:00 AM , Blogger mizie's life said...

hahaha...ader jugak kegagalan kuasa duit real madrid...frank ribery dan bayern munich tidak berminat dgn tawaran galacticos...hahaha

 
At Sunday, July 12, 2009 9:44:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

ooo...ye ke..hahahaa

 
At Monday, July 13, 2009 2:56:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehehe...betol lorh...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home