Friday, August 21, 2009

IslamicBaraqah_Kisah Penjual Roti...Ganjaran yang Sungguh Berbaloi...

Kisah ini berlaku pada suatu ketika pada zaman pemerintahan sahabat... Terdapat seorang pengusaha roti merangkap penguli, pembuat dan juga penjual roti... Segala kerja yang berkaitan perniagaan dilakukan beliau sendiri... Beliau sungguh berusaha keras untuk memastikan roti beliau semua habis dijual... Namun yang demikian, Allah S.W.T telah menetapkan yang roti buatan beliau akan tetap bersisa dan tidak akan habis dijual...
Pada suatu hari, setelah habis waktu beliau berniaga, beliau terus pulang ke rumah dengan membawa baki beberapa buku roti yang tidak terjual... Sebaik tiba di rumah, beliau membawa roti2 berkenaan ke dapur... Beliau mendapati roti2 yang tidak terjual pada 2,3 hari sebelumnya sudah mula berkulat... Lalu beliau membawa roti2 yang sudah berkulat itu ke tepi tingkap lalu membuangnya ke luar... Sejurus selepas itu, beliau terus ke ruang tamu untuk berehat selepas seharian bekerja keras menjual roti...
Ketika si penjual roti sedang berehat, beliau tiba2 terdengar langkahan longlai seseorang di luar rumah berhampiran tingkap di mana beliau telah campakkan roti2 yang sudah berkulat tadi... Si penjual roti terus merapati tingkap lalu mendapati seorang fakir sedang mengutip roti2 yang sudah berkulat itu... Sebaik melihat si fakir mengutip roti2 yang sudah berkulat itu, si penjual roti menegah si fakir dengan berkata, 'Jangan kamu kutip roti2 yang sudah berkulat itu wahai si fakir... Tunggu sebentar aku akan berikan roti yang baru kepada kamu...'... Lalu si penjual roti ke dapur untuk mendapatkan roti2 yang baru untuk diberikan kepada si fakir... Selepas mengambil roti2 di dapur, si penjual merapati tingkap di mana si fakir sedang menanti... Lalu, 'Nah, ambillah roti2 yang baru ini untuk kamu mengalas perut kamu dari kelaparan...'... Si penjual roti hanya mencampakkan roti2 berkenaan lalu disambut oleh si fakir... Si fakir dengan rasa bersyukur terus menadahkan tangan dan mengucapkan Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang tidak disangka2 itu...
Setelah tahun berganti, si penjual roti berkenaan telah meninggal dunia... Sebaik dibangkitkan pada Hari Pembalasan, si penjual roti telah dianugerahkan sebuah istana yang cukup indah dan cantik... Lalu si penjual roti bertanya kepada Malaikat, 'Untuk pahala manakah menyebabkan aku dianugerahkan istana yang sebegini indah wahai Malaikat..?'... Malaikat menjawab dengan mengatakan, 'Allah S.W.T menganugerahkan istana ini sebagai balasan terhadap pahala kamu mencampakkan roti kepada si fakir dahulu...'...
Lalu si penjual roti dengan penuh kekesalan dan juga terharu mengatakan, 'Jika aku tahu dengan hanya mencampakkan roti kepada si fakir, aku sudah dianugerahkan istana sebegini indah, aku sanggup menjemput si fakir naik ke rumah dan aku sendiri akan suapkan roti2 berkenaan kepada si fakir...'...
Jadi, bayangkanlah betapa hebatnya ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T... Rebutlah segala peluang terutamanya dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang hanya datang sekali dalam setahun...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home