Sunday, August 16, 2009

PoliticScenario_Terengganu...Pembangunan Infrastruktur ataupun Pembangunan Spiritual...Mana yang Lebih Penting..?

Terengganu terus menerima kesan pembangunan... Tapi kini, pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih dari segi spiritual iaitu bantuan modal dan khidmat nasihat terutama kepada usahawan dan peniaga yang ingin mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan masing2... Pimpinan Menteri Besar, YAB Datuk Ahmad Said yang sudah melebihi usia setahun kini lebih menumpukan perhatian bagi meningkatkan lagi produktiviti dan pengeluaran serta meningkatkan daya saing bagi usahawan2 yang mempunyai prospek yang cerah untuk maju... Terdapat pelbagai usaha dan program yang dijalankan oleh kerajaan negeri dengan usahasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu seperti memperkenalkan Program Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) di setiap daerah di negeri Terengganu bagi memastikan usahawan di negeri Terengganu terus berdaya saing...
Yang terbaru adalah pelancaran serta perasmian kedai serbaneka jenama tempatan iaitu 'T-Shoppe' yang beroperasi 24 jam... 'T-Shoppe' kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Shahbandar, Gong Kapas serta Rusila dan akan terus membuka cawangannya di sekitar negeri Terengganu... 'T-Shoppe' mensasarkan sekurang-kurangnya 90 cawangan di sekitar Terengganu dan akan turut dikembangkan di sekitar Lembah Kelang dan juga Johor... 'T-Shoppe' akan mengutamakan produk keluaran setempat rakyat negeri Terengganu seperti pelbagai jenis keropok, kerepek, makanan tradisional, kuih-muih kering serta pelbagai jenis sos...
Situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan ketika tempoh pemerintahan bekas Menteri Besar, YB Datuk Seri Idris Jusoh yang pada ketika itu menekankan pembangunan infrastruktur bagi memastikan negeri Terengganu tidak ketinggalan terutamanya dalam bidang pelancongan... Pada ketika itu, pelbagai mercu tanda baru dibina seperti Kompleks Sukan Gong Badak, menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Pusat Akuatik Batu Burok dan juga yang paling mendapat tumpuan ialah Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man...
Jadi, bagi rakyat Terengganu khususnya dan juga rakyat Malaysia amnya, mana yang lebih penting..? Pada pendapat anda, pembangunan infrastruktur ataupun pembangunan spiritual yang perlu diutamakan...

2 Comments:

At Monday, August 17, 2009 2:39:00 AM , Blogger ANA said...

dua2 sama penting dan saling berkait dan saling memerlukan

kalo ada infrastruktur tp pengusaha tak berminat(takde modal dll) buat apa kan

 
At Monday, August 17, 2009 6:16:00 AM , Blogger mizie's life said...

datz ryte...but i think mebi modal dan pengusaha yang penting coz infrastruktur boleh dibina selepas adanya industri kan...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home