Sunday, August 16, 2009

SportsLink_Badminton...Kejohanan Dunia di Hyderabad...Antara Maruah Negara dan H1N1...


Kejohanan Badminton Dunia 2009 di Hyderabad, India bermula pada 10 Ogos 2009 dan berakhir dengan 5 perlawanan kemuncak pada 16 Ogos 2009...


Negara Malaysia diwakili oleh 3 pemain perseorangan lelaki iaitu pemain nombor 1 dunia, Lee Chong Wei, pemain nombor 12 dunia, Wong Choong Hann dan pemain nombor 21 dunia, Lee Tsuen Seng...


Perseorangan wanita pula diwakili pemain nombor 18 dunia, Wong Mew Choo dan pemain nombor 27 dunia, Lydia Cheah...


Bagi beregu lelaki pula, Malaysia diwakili oleh pasangan nombor 2 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, pasangan nombor 8 dunia, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif, pasangan nombor 13 dunia, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan juga pasangan nombor 18 dunia, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng...


Bagi beregu wanita pula, Malaysia diwakili oleh pasangan nombor 1 dunia, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, pasangan nombor 57 dunia, Lim Yin Loo-Marylen Ng dan juga pasangan nombor 130 dunia, Hing Yau Mooi-Chew Yen Fong...


Manakala bagi beregu campuran, Malaysia hanya diwakili oleh pasangan nombor 17 dunia, Koo Kien Keat-Ng Hui Lin...


Bagi edisi yang lalu, Kejohanan Badminton Dunia 2007 telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia manakala pada edisi yang seterusnya, Kejohanan Badminton Dunia 2010 akan diadakan di Paris, Perancis...


Kejohanan edisi ke-17 ini berlangsung dalam keadaan dunia sedang gawat dengan masalah Influenza A H1N1... Perkara ini juga telah mengakibatkan seorang jurulatih beregu negara iaitu Jeremy Gan turut terpaksa dimasukkan ke hospital akibat disyaki dijangkiti Influenza A H1N1 namun disahkan hanya demam biasa sahaja...


Bagi kejohanan tahun ini, acara akhir beregu wanita menemukan 2 jaguh beregu dari China iaitu pilihan ke-8, Zhao Tingting-Zhang Yawen dengan rakan senegara iaitu pilihan ke-2, Cheng Shu-Zhao Yunlei dengan kemenangan memihak kepada Tingting-Yawen dengan 17-21, 21-17, 21-16... Semi finalis pada tahun 2009 bagi acara beregu wanita adalah juga 2 beregu China iaitu Du Jing-Yu Yang dan juga Ma Jin-Wang Xiaoli...


Bagi acara beregu campuran, perlawanan akhir menemukan pasangan Denmark iaitu pilihan ke-7, Thomas Laybourne-Kamilla Rytter Juhl dengan pasangan Indonesia iaitu pilihan ke-2, Nova Widianto-Liliyana Natsir yang menyaksikan Laybourne-Rytter Juhl mengejutkan Nova-Liliyana dengan menang 21-13, 21-17... Nova-Liliyana adalah juara bagi kejohanan dunia di Anaheim pada 2005 dan juga di Kuala Lumpur pada 2007... Semi finalis pada tahun 2009 bagi acara beregu campuran adalah pasangan Denmark, Joachim Fisher Nielsen-Christina Pedersen dan juga pasangan Korea, Lee Yong Dae-Lee Jung Hyo...


Bagi acara perseorangan lelaki, perlawanan akhir didominasi perseorangan China apabila pilihan ke-2, Chen Jin bertemu dengan pilihan ke-5, Lin Dan yang menyaksikan 'Super' Dan menjuarai acara perseorangan lelaki buat kali ketiga berturut-turut dalam 4 perlawanan akhir yang disertainya dengan keputusan 21-18, 21-16... Lin Dan telah memenanginya di Madrid pada 2006 mengatasi Bao Chunlai diikuti kemenangan di Kuala Lumpur mengatasi Sony Dwi Kuncoro pada tahun 2007... Lin Dan kini dinobatkan pemain badminton paling berjaya apabila memenangi 3 kejuaraan dunia berturut-turut mengatasi kejayaan Yang Yang sebelum ini... Semi finalis pada tahun 2009 bagi acara perseorangan lelaki adalah Sony Dwi Kuncoro dan Taufik Hidayat dengan kedua-duanya dari Indonesia...


Bagi acara beregu lelaki, perlawanan akhir menemukan pasangan dari China iaitu pilihan ke-6, Cai Yun-Fu Hai Feng dengan pasangan Korea iaitu pilihan ke-4, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae menyaksikan pasangan Cai Yun-Hai Feng menang dengan 21-18, 16-21, 28-26... Semi finalis pada tahun 2009 bagi acara beregu lelaki adalah 2 beregu Malaysia iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan juga Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif...


Dan bagi acara perseorangan wanita, perlawanan akhir turut menemukan 2 jaguh China iaitu pilihan ke-5, Xie Xingfang bertemu pilihan ke-7, Lu Lan menyaksikan kejuaraan mutlak milik Lu Lan dengan keputusan 23-21, 21-12... Xie Xingfang telah memenangi kejuaraan dunia di Anaheim pada 2005 dan di Kuala Lumpur pada 2007... Xingfang kini sebaris dengan rekod 2 kejuaraan yang dimiliki oleh Li Lingwei, Han Aiping dan juga Ye Zhaoying yang kesemuanya turut dari China... Semi finalis pada tahun 2009 bagi acara perseorangan wanita ialah Pi Hongyan dari Perancis dan juga Wang Lin dari Hong Kong...


p/s : Secara keseluruhannya, pencapaian terbaik skuad negara kali ini adalah mara ke peringkat separuh akhir iaitu 2 beregu lelaki iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif... Lee Chong Wei hanya mampu melangkah ke suku akhir sebelum tewas kepada Sony Dwi Kuncoro... Kena cuba lagi lorh tahun 2010 di Paris... Bagi acara beregu lelaki, kita sudah punyai banyak pilihan... Acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran masih banyak yg perlu ditingkatkan...

4 Comments:

At Sunday, August 16, 2009 11:51:00 PM , Blogger mizie's life said...

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt terus menggegarkan rekod dunia setelah sekali lagi memecahkan rekod dunia pecut 100m milik beliau sendiri di Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin...Bolt mencatatkan 9.58 saat mengatasi catatan beliau di Sukan Olimpik Beijing 2008 yang menyaksikan Bolt mencatatkan 9.69 saat...Tempat kedua dan ketiga dimiliki 2 seteru utama Bolt iaitu Tyson Gay yang mencatatkan 9.71 saat dan juga Asafa Powell yang mencatatkan 9.84 saat...

 
At Friday, August 21, 2009 3:57:00 PM , Blogger mizie's life said...

Sensasi pecut dunia, Usain Bolt dari Jamaica meraikan ulangtahun ke-23 dengan rekod dunia dalam acara 200m yang pada sebelumnya turut menjadi milik Bolt yang dilakukannya di Sukan Olimpik Beijing 2008...Rekod Bolt di Beijing bagi acara 200m ini adalah 19.30 saat...Di Berlin,Bolt telah mencantas 0.11 saat bagi mencatatkan 19.19 saat...Tempat kedua menjadi milik Alonso Edwards dengan catatan 19.81 saat manakala tempat ketiga dimiliki Wallace Spearmon dengan catatan masa 19.85 saat...

 
At Friday, August 21, 2009 4:00:00 PM , Blogger mizie's life said...

Berikutan catatan 9.58 saat bagi 100m dan juga 19.19 saat bagi 200m, ini telah menyaksikan Bolt telah berlari dengan kepantasan 0.09 saat bagi setiap meter...Mungkin juga sebelum memasuki 2010 ataupun pada awal 2010, Bolt akan mencatat 9.4 saat bagi 100m dan juga mencatat 18.9 saat bagi 200m...

 
At Saturday, August 22, 2009 11:21:00 PM , Blogger mizie's life said...

Usain Bolt menggegar lagi..Raih emas ke-3 selepas membantu kuartet 4X100m memenangi emas...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home