Wednesday, April 29, 2009

SportsLink_Champions League...1 Man.United...0 Arsenal...0 Barcelona...0 Chelsea...800 Ryan Giggs...

Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah telah memasuki fasa pertandingan separuh akhir dgn 2 aksi pusingan pertama telah berlangsung...

Dalam perlawanan pertama, Chelsea berjaya mengikat Barcelona di Nou Camp, Barcelona dgn tanpa jaringan yg juga merupakan perlawanan pertama bagi skuad Barcelona gagal menjaringkan gol di halaman sendiri pd musim ini utk memberikan mereka nafas baru utk layak ke Final Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut setelah tumpas dgn sepakan penalti yg dramatik di Istanbul, Turki kpd Manchester United tahun lepas...

Pep Guardiola pula seperti terpaksa merencana percaturan yg baru utk pasukan Barcelona apabila terpaksa berkunjung ke Stamford Bridge, London utk berhadapan anak buah Guus Hiddink pada 7 Mei 2009 ini dgn kemungkinan besar tanpa 2 khidmat bek kental mereka iaitu Carles Puyol dan juga Rafael Marquez... Perlawanan yg dijangka menghasilkan jaringan yg besar bertukar wajah apabila barisan pertahanan Chelsea yg diketuai John Terry berjaya mengekang rangkaian serangan Barcelona yg terdiri drp Lionel Messi, Samuel Eto'o dan juga Thierry Henry yg telah berjaya merekodkan lebih drp 80 gol antara ketiga mereka pd musim ini... Barisan hadapan Chelsea yg diketuai Didier Drogba turut gagal mengatasi Victor Valdez di gawang Barcelona bagi memastikan peluang Chelsea ke Final Liga Juara-Juara Eropah 2009 lebih cerah...

Sementara itu dalam perlawanan kedua yg berlangsung di Theatre of Dream iaitu Old Trafford, Manchester telah menyaksikan barisan hebat bimbingan Sir Alex Ferguson menunjukkan persembahan yg cemerlang walaupun hanya berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh tradisi, Arsenal...

Gol tunggal hasil rembatan kencang bek kanan United, John O'Shea pd minit ke-17 hasil umpanan Michael Carrick telah berjaya merobek gawang Arsenal yg kembali dikawal oleh Manuel Almunia... Perlawanan ini berlangsung dgn rancak sejak sepak mula apabila barisan hadapan United yg diketuai oleh Carlos Tevez dan dibantu dgn gerakan bijak Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo begitu ghairah dalam memburu gol bagi memastikan bekalan yg selesa utk perlawanan di Emirates, London pada 6 Mei 2009 ini... Percaturan Ferguson utk meletakkan Tevez dlm kesebelasan utama memberikan impak yg cukup positif apabila United menguasai hampir keseluruhan permainan babak pertama... Selain jaringan O'Shea, United dilihat mampu meletakkan kedudukan separuh masa pertama kpd 4-0 namun cubaan cantik drp tandukan Rooney, kuisan Tevez dan juga tandukan Ronaldo tidak berjaya menewaskan Almunia...

Dalam babak kedua, Arsenal dilihat telah mengimbangi perlawanan setelah Arsene Wenger memasukkan Nicklas Bendtner dan Eduardo da Silva bagi menggantikan Theo Walcott dan juga Emmanuel Adebayor... Permainan United dalam separuh masa kedua sedikit menurun tanpa banyak acahan dan percubaan yg dapat dihalakan ke arah kubu Almunia... Tindakan Ferguson menggantikan Tevez dgn Dimitar Berbatov juga dilihat sedikit merencatkan nafsu United utk memburu jaringan berikutnya... Selain Berbatov, Ferguson juga memasukkan Ryan Giggs dan Johnny Evans bagi menggantikan Anderson dan Rio Ferdinand... Giggs sendiri sebenarnya telah berjaya memperdayakan Almunia utk meletakkan bola di dalam gawang Arsenal namun jaringan beliau dibatalkan kerana offside... Sebelum percubaan Giggs, Ronaldo juga telah hampir menggamatkan Old Trafford buat kali ke-2 namun rembatan kencang beliau hanya mampu menggegarkan palang pada saat Almunia sudahpun terpaku...

Di sebalik bekalan 1 gol yg hanya memberikan sedikit kelebihan bagi United apabila bertandang ke Emirates minggu hadapan, kem United dirundung kegusaran apabila Rio Ferdinand dijangka berkemungkinan utk tidak diturunkan pada perlawanan itu kerana dibelenggu kecederaan setelah bertembung dgn Nemanja Vidic dlm perlawanan di Old Trafford... Adalah amat diharapkan agar kecederaan Ferdinand tidak serius dan beliau mampu utk kembali menerajui barisan pertahanan United agar lebih ampuh utk menongkah serangan Arsenal yg dijangka meletakkan gandingan Adebayor, Eduardo dan Bendtner dalam kesebelasan utama bagi perlawanan minggu hadapan...

Dalam perlawanan United - Arsenal ini yg merupakan pertembungan Ferguson - Wenger kali ke-39, 2009 PFA PLAYER OF THE YEAR iaitu Ryan Giggs telah membuat penampilan beliau bersama United buat kali ke-800 apabila menggantikan Anderson pd minit ke-67... Adalah dijangkakan bahawa rekod Giggs ini sukar digugat buat suatu tempoh yg panjang... Dgn 800 perlawanan menyarung jersi RED DEVILS sejak usia 17 tahun, Giggs adalah salah seorang lagenda dalam lipatan sejarah gemilang Manchester United...

Bagi peminat2 RED DEVILS, pastikan anda semua terus setia bersama RED DEVILS dan memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kpd pasukan... Jumpa lagi di The Riverside utk Liga Perdana Inggeris pada 2 Mei ini... Adiosa!!!

3 Comments:

At Thursday, April 30, 2009 7:48:00 AM , Blogger mizie's life said...

1 Mei da start jaga Bazaar Night Market kt Terengganu Trade Centre everyday except Monday 8pm till 3am...Sempat ke nk tgk 2nd leg nnt...huhu

 
At Wednesday, June 24, 2009 2:55:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

sempat je kn tgk aritu ek?

 
At Wednesday, June 24, 2009 5:35:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehe sempat ar selepas bersusah payah cari seat...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home