SportsLink_3 Different Championship...In A Day...

Di Assen, Rossi menamatkan perlumbaan sebagai juara diikuti Jorge Lorenzo juga dari pasukan Yamaha dan ketiga oleh Casey Stoner dari pasukan Ducati Marlboro Team... Bagi kedudukan keseluruhan MotoGP 2009, ketiga2 pelumba ini turut berada pada kedudukan yang sama dngan Rossi (131 mata), Lorenzo (126 mata) dan Stoner (122 mata)...
Perlumbaan MotoGP 2009 akan diteruskan bagi siri ke-8 di Litar Laguna Seca, Amerika Syarikat pada 3 Julai 2009 sehingga 5 Julai 2009...
__________________________________________________________ 
Bagi kejuaraan FIFA 2009 South Africa Confederation Cup pula menyaksikan skuad Samba bimbingan Dunga iaitu Brazil telah berjaya menjulang kejuaraan kali ke-2 berturut-turut dan juga merupakan kejuaraan kali ke-3 secara keseluruhannya dalam penyertaan Confederation Cup apabila mengatasi cabaran getir pasukan Amerika Syarikat 3 - 2 di Ellis Park Stadium, Johannesburg semalam... 2 jaringan Luis Fabiano pada minit ke-46 dan juga minit ke-73 serta tandukan daripada ketua pasukan iaitu Lucio pada minit ke-83 telah memadamkan 2 gol awal Amerika Syarikat yang dijaringkan oleh Clint Dempsey pada minit ke-9 dan juga Landon Donovan pada minit ke-26...
_________________________________________________________________


Bagi kejuaraan Eropah Bawah 21 Tahun yang berlangsung di Malmo, Sweden pula, takhta kejuaraan menjadi milik pasukan Germany apabila menewaskan England 4 - 0... Keempat2 jaringan Germany dijaringkan oleh Gonzalo Castro (minit ke-23), Mesut Ozil (minit ke-48) dan juga dua gol Sandro Wagner (minit ke-79 dan ke-84)... Ketiadaan Joe Hart selaku penjaga gol utama England yang digantung perlawanan mungkin menjadi penyebab utama kekalahan skuad bimbingan Three Lions bimbingan Stuart Pearce ini...
1 Comments:
gonzalo castro dan sandro wagner patut dipikat sir alex ferguson untuk skuad the red devils...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home