Thursday, July 9, 2009

HealthySafety_Pusat Akuatik Batu Burok...Ditutup sebelum Bencana Menimpa...

Hari ini 9 Julai 2009 setelah selepas sebulan bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009 yang lalu, Menteri Kerja Raya Malaysia iaitu Datuk Shaziman Abu Mansor telah mengarahkan pula Pusat Akuatik Kuala Terengganu yang terletak berhampiran Pantai Batu Burok ditutup serta-merta sehingga proses baikpulih dan siasatan tamat... Datuk Shaziman yang mengadakan lawatan di pusat akuatik berkenaan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu telah menyatakan bahawa pusat akuatik berkenaan ditutup dengan serta-merta berdasarkan laporan dan juga lawatan yang dilakukan oleh beliau mendapati terdapat unsur2 ketidakselamatan bagi pusat akuatik berkenaan untuk terus beroperasi...
Pusat Akuatik Kuala Terengganu yang dibina dengan kos RM18 juta hanya digunakan secara penuh ketika Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Terengganu tahun lepas... Selepas SUKMA tamat, pusat akuatik berkenaan langsung tidak digunakan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan kompleks sukan negeri... Tindakan yang diambil ini walaupun cukup drastik tetapi adalah demi keselamatan semua agar kejadian seumpama 2 Jun yang lalu tidak berulang lagi...
Diharapkan semoga tiada lagi bangunan mahupun kompleks di negeri Terengganu khususnya dan di Malaysia amnya yang terpaksa ditutup demi menjaga keselamatan akibat kecuaian ketika proses pembinaan yang lalu... Sudah lali rasanya di telinga ini mendengar berita2 yang tidak enak akibat kecuaian mahupun sikap yang terlampau mengejar keuntungan tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung pada kemudian harinya jika projek yang diperolehi itu tidak dilaksanakan dan disiapkan dengan sempurna... Diharapkan semua yang terlibat dapat menilai diri masing2 agar kecelakaan dan kerugian yang besar tidak akan terus berulang...

7 Comments:

At Thursday, July 09, 2009 8:13:00 AM , Blogger mizie's life said...

laporan awal punca runtuhan bumbung stadium sultan mizan zainal abidin akan diterima menteri kerja raya pada 20 julai 2009...

 
At Saturday, July 11, 2009 4:17:00 AM , Blogger mizie's life said...

nasib baik sehingga kini tiada apa2 masalah menimpa stadium tertutup kompleks sukan gong badak...

 
At Sunday, July 12, 2009 10:32:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

tu laa,pasni bangunan mane lak agaknya yang akan ditutup..

 
At Monday, July 13, 2009 2:43:00 AM , Blogger mizie's life said...

hurmmm tulaaa...sbg kontraktor,awak mungkin lagi mengetahui...hehehe

 
At Tuesday, July 14, 2009 2:29:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

awk lg ramai informer...pasti awk lg cepat mengetahui...hihii

 
At Tuesday, July 14, 2009 5:19:00 AM , Blogger mizie's life said...

hahaha...mana ader cmtu...

 
At Sunday, July 26, 2009 11:42:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

punca runtuhan ada perkembangan tak?arini dah 27/7...laporan 20/7 da dapat ke..??

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home