Thursday, July 23, 2009

IslamicBaraqah_Syaaban...Bulan Rasulullah Menjelang Lagi...

Tarikh 23 Julai 2009 adalah bersamaan dengan 1 Syaaban 1430 Hijrah... Syaaban merupakan bulan yang amat digemari oleh Rasullullah S.A.W. sehinggakan Baginda pernah bersabda : Bulan Rejab adalah bulan Allah, Bulan Syaaban adalah bulanku dan Bulan Ramadhan adalah bulan umatku...
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda : Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak...
Antara kelebihan bulan Syaaban adalah :
  • setiap amalan kebajikan akan digandakan Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda
  • Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya
  • sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, di pertengahan dan di akhirnya, Allah S.W.T. akan menuliskan baginya pahala 70 orang Nabi dan pahala beribadat selama 70 tahun

Kelebihan utama bulan Syaaban adalah malam Nisfu Syaaban... Malam yang dipenuhi dengan baraqah ini berlaku pada malam ke-15 bulan Syaaban pada setiap tahun... Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban adalah barangsiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya maka Allah S.W.T.akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak...

Namun yang demikian, bagi mereka2 yang menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu yang lain, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan juga mereka yang memutuskan tali silaturrahim, segala amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban tidak akan diterima Allah S.W.T...

Segala yang tercatat adalah sebahagian daripada kelebihan bulan Syaaban yang juga dikenali dengan Bulan Rasulullah...

7 Comments:

At Friday, July 24, 2009 10:35:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

sama2lah kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini...

 
At Saturday, July 25, 2009 2:40:00 AM , Blogger mizie's life said...

insya Allah...

 
At Sunday, July 26, 2009 2:50:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

lagi sebulan Ramadhan menjelma...

 
At Thursday, August 13, 2009 11:56:00 PM , Blogger mizie's life said...

huhu da semakin dekat nak puase...nnt bukak puase same2 ek...

 
At Monday, August 17, 2009 9:55:00 PM , Anonymous balqis said...

moga Ramadhan thn ni membawa seribu rahmat dlm hidup umat islam..amin..

 
At Tuesday, August 18, 2009 5:27:00 PM , Blogger mizie's life said...

ameen...

 
At Tuesday, August 18, 2009 5:28:00 PM , Blogger mizie's life said...

lagi 2 hari Ramadhan akan menjelma...Esok sume tgk anak bulan ek...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home