Thursday, July 16, 2009

LifestyleFashionista_Yayasan 1Malaysia...Pemangkin Konsep 1Malaysia...

Yayasan 1Malaysia telah secara rasmi diumumkan apabila YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah diumumkan secara rasmi sebagai Penaung Yayasan 1Malaysia... Yayasan 1Malaysia menamakan 8 individu penting sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan...
Mereka adalah Dr. Chandra Muzaffar, Dato' Seri Idris Jala, Dato' Dr. Ismail Ibrahim, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Prof. Emeritus Dato' K.J. Ratnam, Tan Sri Lee Lam Thye, Dr. Mahani Zainal Abidin dan Dato' Seri Tony Fernandes... Mereka adalah orang2 yang bertanggungjawab dalam merangka pelan tindakan dan perjalanan Yayasan 1Malaysia ini dengan dibantu sepasukan pakar yang akan diumumkan kemudian bagi melicinkan perjalanan Yayasan 1Malaysia ini...
Yayasan 1Malaysia akan menekankan dan memberi sepenuh perhatian terhadap 3 aspek utama penubuhan Yayasan 1Malaysia ini... Aspek pertama adalah untuk membantu badan2 bukan kerajaan dalam meningkatkan aspirasi dan kefahaman terhadap konsep 1Malaysia... Aspek kedua adalah untuk memastikan dan mengadakan dialog, perbincangan mahupun kajian terhadap polisi2 awam terhadap rakyat mahupun yang berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia... Manakala aspek ketiga adalah untuk berkomunikasi menerusi melalui pelbagai jenis media bagi menyebarkan keistimewaan konsep 1Malaysia ini...
Diharapkan agar penubuhan Yayasan 1Malaysia ini akan menambahkan kefahaman rakyat terhadap aspirasi negara untuk mengembangkan konsep 1Malaysia di seluruh negara...

4 Comments:

At Sunday, July 26, 2009 3:01:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

berjayakah konsep 1Malaysia seperti yang diwawarkan...

 
At Sunday, July 26, 2009 5:49:00 AM , Blogger mizie's life said...

Insya Allah segala usaha untuk men'1Malaysia'kan negara ini akan berjaya jika semua bersatu untuk merealisasikannya...

 
At Sunday, July 26, 2009 11:39:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

contoh...?

 
At Thursday, August 13, 2009 11:59:00 PM , Blogger mizie's life said...

contoh...?jangan ada sedikitpun perasaan perkauman...andaikata berlaku masalah,sama2lah selesaikannya dengan permuafakatan...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home