PoliticScenario_N41 DUN Manek Urai...Masih Sama Walau Hampir Mengejutkan...

Sejumlah 87.33% pengundi atau 10,736 orang pengundi daripada jumlah keseluruhan 12,293 pengundi yang berdaftar keluar menunaikan kewajipan mereka dalam memilih Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru bagi N41 DUN Manek Urai yang termasuk di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai sama ada dari parti Barisan Nasional ataupun PAS...
Dan setelah keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil N41 DUN Manek Urai, Adnan Hussin pada jam 8.55 malam di Dewan Petra, SMK. Sultan Yahya Petra 1,Mohd Fauzi Abdullah dari parti PAS telah diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru bagi menggantikan Allahyarham Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei yang lalu akibat sakit jantung...Mohd Fauzi menewaskan pencabar tunggal dari parti Barisan Nasional iaitu Tuan Aziz Tuan Mat setelah memperoleh 5,348 undi berbanding 5,283 undi... Jumlah majoriti pada kali ini mengecil kepada hanya 65 undi...
Dalam seminggu kempen pilihanraya ini, tiada sebarang masalah dan kekecohan yang berlaku di Manek Urai... Namun yang demikian, terdapat beberapa kekecohan yang berlaku di beberapa pusat pembuangan undi pada hari pengundian dijalankan... Masih berada ditakuk lama kerana penyokong2 parti masih berkelakuan seumpama manusia tidak bertamadun apabila membaling botol dan batu kepada petugas parti lain... Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kepesatan arus pembangunan dan kemodenan negara kita...
7 Comments:
kemenangan yang tipis..
2laa...boleh dikatakan terlalu tipis dan pertandingan yang cukup sengit...tetapi kekecohan yang berlaku dan kecederaan 2 petugas puteri umno amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku...
memang tak sepatutnya berlaku....pembangkang terutamanya terlampau taksub biler tiba pilihanraya...ntah pape aa...
ntah bila lorh mereka akan berubah...x pernah berubah dari dulu...rakyat yang sentiasa menjadi mangsa golongan2 yang terlalu taksub...
DUN Manek Urai adalah Pilihanraya Kecil yang ke-7 selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008...
which place will be da next Pilihanraya Kecil after DUN Manek Urai..?
Da next Pilihanraya Kecil will be in DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang... Da date still in discussion...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home