TraveLogue_Tasik Kenyir...Keindahan Pintu Masuk Taman Negara...

23 Julai 2009 sehingga 25 Julai 2009 ini akan diadakan Perkhemahan Mega Badan Beruniform dan Persatuan SMK (A) Durian Guling, Marang... Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini akan diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman... Program ini adalah antara program rasmi terakhir yang bakal aku ikuti sebelum mengakhiri tempoh perkhidmatan sebagai guru ganti Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan selama 45 hari... Bagi perkhemahan berkenaan, aku telah ditugaskan sebagai Guru Bantuan Kecemasan merangkap guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah walaupun pada dasarnya aku dilantik sebagai guru penasihat Kadet Polis Sekolah...
Tasik Kenyir terletak di daerah Hulu Terengganu merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara selain daripada pintu masuk di Pahang dan di Kelantan... Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara meliputi keluasan 209,199 hektar... Selain aktiviti memancing sebagai aktiviti utama pilihan pelancong, Tasik Kenyir juga mempunyai tarikan lain seperti air terjun yang menarik, taman herba dan botani yang mengagumkan, gua dan juga resort sebagai pilihan dan pemandangan indah untuk dinikmati oleh pelancong dari dalam dan luar negara...
Selepas hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki di Taman Negara, akhirnya 23 Julai 2009 nanti aku akan ke sana lagi...
13 Comments:
air terjun mesti best...kaya dgn flora n fauna...bila ntah sya dpt ke sana..huhuu...
hehe...xkan xpenah pegi kenyir kot..?
mmm...memang xpenah pegi sane...
yeke...ciannye...nanti kita g ek...hehe
iye laa tuu...
bila ek...??
bler..? hurm nnt nak check tarikh sbb ada 2,3 lagi invitation untuk lawatan ke luar terengganu nanti...
yer larh.
hehehe...jangan ler marah...hehe nk ikot ke..? setakat ney, ader 2 invitation ke langkawi n 1 invitation ke kl...
hurmm...counting da days for the time to go to kenyir lake...another 1 week to go...early morning of thursday 23/7 need to be at kenyir lake already...
wahh another 1 day left...hihi...
wehee...tomorrow i'll be in kenyir lake start at 11 am till saturday 4 pm...hehe...
huhuu...mesti sonok yep...
hehe mmg sonok...hehe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home