Monday, July 13, 2009

SportsLink_RED DEVILS...Glory Glory Man.Utd...Part 3...

Jersi musim 1963

Hello guys... Menjelang permulaan musim baru Liga Perdana Inggeris 2009/2010 pada 15 Ogos 2009 dengan perlawanan menentang Birmingham City di Old Trafford dan juga perlawanan merebut Perisai Komuniti menentang Chelsea pada 9 Ogos 2009 di Wembley, aku akan mengimbau serba sedikit perkembangan jersi yang dipakai oleh bintang2 Red Devils dari awal penubuhan Newton Health Club sehinggalah Red Devils berdiri megah pada hari ini...


Dan di sini dipaparkan beberapa koleksi jersi2 yang pernah digayakan dan digunakan oleh bintang2 Red Devils di atas padang terutama sekali di atas Old Trafford...
















Jersi berwarna biru di sebelah kiri digunakan pada kejohanan Kelab Eropah pada musim 1968 yang mana menyaksikan Manchester United menjulang kejuaraan apabila menumbangkan Benfica 4 - 0... Manakala jersi berwarna merah di sebelah kanan adalah jersi United bagi musim 1973...















Jersi merah di sebelah kiri adalah jersi Manchester United yang digunakan bagi musim 1977... Manakala jersi merah di sebelah kanan pula adalah jersi yang digunakan oleh United bagi musim 1978...



















Bagi jersi berwarna putih di sebelah kiri pula, jersi ini digunakan oleh bintang2 United bagi musim 1983... Manchester United mula ditaja oleh SHARP Electronics pada musim 1982... Dan jersi berwarna merah di sebelah kanan yang masih ditaja oleh SHARP adalah jersi bagi United untuk musim 1985... Antara bintang United yang pernah menyarung jersi United di atas adalah Norman Whiteside, Frank Stapleton dan Mike Duxbury...




















Jersi di atas sebelah kiri berwarna putih digunakan oleh United bagi musim 1990... Manakala jersi Red Devils di sebelah kanan pula digunakan oleh bintang2 United pada musim 1996... Antara bintang Red Devils yang pernah menyarung jersi di atas adalah Bryan Robson, Steve Bruce, Gary Pallister, Paul Ince, Mark Hughes, Andrei Kanchelskis, Lee Sharpe dan juga lagenda no.7 United iaitu Eric Cantona...

















Jersi United di atas di sebelah kiri adalah jersi kebanggaan United apabila menjulang kejuaraan Eropah ke-2 di Nou Camp setelah mengatasi cabaran Bayern Munich dalam perlawanan yang cukup dramatik pada musim 1999... Manakala jersi di sebelah kanan pula adalah jersi penjaga gol Manchester United pada musim 2006... Antara bintang Red Devils yang pernah menyarung jersi di atas adalah David Beckham, Jaap Stam, Dwight Yorke, Andy Cole, Ole Gunnar Solskjaer, David May dan juga Teddy Sheringham... Manchester United mula ditaja oleh American Insurance Group (AIG) pada musim 2006...














Jersi berwarna hitam di sebelah kiri di atas adalah jersi yang digunakan pada musim 2007 yang digunakan pada perlawanan di tempat lawan... Manakala jersi berwarna merah di sebelah kanan adalah jersi utama Manchester United bagi musim 2007...














Jersi berwarna putih di sebelah kiri di atas digunakan oleh pemain2 United bagi musim 2008 terutamanya bagi cabaran Liga Juara-Juara Eropah yang diakhiri dengan kejuaraan Eropah ke-3 selepas mengatasi Chelsea dalam sepakan penalti di Istanbul... Jersi penjaga gol di sebelah kanan pula digunakan bagi musim 2008...













Jersi biru di sebelah kiri di atas pula digunakan oleh bintang2 United bagi musim 2008 juga terutamanya dalam cabaran Liga Juara-Juara Eropah... Manakala jersi Red Devils di sebelah kanan pula digunakan bagi cabaran United selepas United menjuarai Kejuaraan Kelab Dunia FIFA 2009...













Bagi cabaran Manchester United untuk musim 2009/2010, Red Devils akan menggunakan kedua2 jersi di atas... Jersi baru rekaan Nike ini dilancarkan pada 17 Julai 2009 dan akan pertama kali digunakan apabila Manchester United menentang Pilihan Malaysia pada 18 Julai 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur... Antara bintang2 Red Devils yang bakal menyarung jersi di atas adalah Edwin Van der Sar, Gary Neville, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Paul Scholes, Ryan Giggs, Wayne Rooney, Michael Carrick, Dimitar Berbatov dan 3 tonggak baru United iaitu Michael Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan...

20 Comments:

At Tuesday, July 14, 2009 11:25:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

jersi man.U dari dulu sampai sekarang tetap menarik especially yang paling letest rekaan Nike...

 
At Wednesday, July 15, 2009 12:46:00 AM , Blogger mizie's life said...

saya lebih berminat pada jersi keluaran umbro tajaan SHARP yang berwarna hijau kuning (tiada gambar) dan jersi united yang berwarna hitam...

 
At Wednesday, July 15, 2009 7:24:00 AM , Anonymous eLVie said...

U mean this?

www.manchesterunitedshirts.org.uk/wp-content/upload/2009/02/newtonheathyellow.jpg

love this era.. ;)

 
At Wednesday, July 15, 2009 7:35:00 AM , Blogger mizie's life said...

wow...u also man.utd fan ke..?

 
At Wednesday, July 15, 2009 7:41:00 AM , Blogger mizie's life said...

as referred to eLVie comment, u all can log on to www.manchesterunitedshirts.org.uk to get more infos about manchester united shirts and kits...

 
At Wednesday, July 15, 2009 9:38:00 AM , Anonymous eLVie said...

err...dulu la in the early 90's, sblm David Beckham play for the main team. Masa baru2 nak menang the EPL and so on. Bila ramai perempuan2 minat ManUtd sbb Beckham and not because of the game, then i switch team to AC Milan. Lgpun nowdays EPL bosan kalau compare ngan Series A or Bundesliga ;)

 
At Thursday, July 16, 2009 1:56:00 AM , Blogger mizie's life said...

oho...me also started to support man.utd since early 90's especially after world cup 1990 in italy...united have a very great style of game...and also have a great manager since 1984 which is sir alex ferguson becoz the management gave full support and trust to him and his team...dats what brought united to be like todays...

 
At Thursday, July 16, 2009 5:32:00 AM , Blogger mizie's life said...

tp kan Serie A x bosan ke...? klu tgk matches Serie A, mst pressure tgk fans diorg sbb cam xde perasaan tgk bola...senyap jek...haha... Bundesliga pun lebey kurang same jek...Ligue 1 pun same...fans sumer xde perasaan... klu nk lagi best, kna tgk copa libertadores... haa...fans diorg mmg gler2 ah...

 
At Thursday, July 16, 2009 7:23:00 AM , Anonymous eLVie said...

arr..mungkin sbb tak dok sana kot tgk..hehehe..south america nyer fans mmg psycho..tableh tahan tgk diorg nih...

so saturday nih turun KL ke tgk Man Utd Vs M'sia? ;)

 
At Thursday, July 16, 2009 8:14:00 AM , Blogger mizie's life said...

huhu tulaa yg menyedihkan...trg kan keje on sunday, so x dapatlaa nk ke KL utk tgk man.utd...terpaksa jgk let go 1 ticket yg dah my frenz tlg dapatkan utk sy...sedey btol...

 
At Thursday, July 16, 2009 3:01:00 PM , Anonymous eLVie said...

a'ah ek lupa plak trgn keja on Sunday..maybe there will be another time ;)

 
At Thursday, July 16, 2009 3:56:00 PM , Blogger mizie's life said...

yeah...i really hope there will be another time to watch man.utd live in front of my eyes...what bout you..?will u be at da stadium diz saturday..?

 
At Thursday, July 16, 2009 7:31:00 PM , Anonymous eLVie said...

nope. got some other stuff to do..lgpun i dah penah tgk Man.Utd vs M'sia live the very first time diorg datang sini. Masa tuh ada Eric Cantona and all..so rasa nya kalik nih tak rugi mana pun coz td dgr radio ramai dia nyer star player tak datang pun..so kinda rugi la kalau pi tgk..

 
At Thursday, July 16, 2009 8:00:00 PM , Blogger mizie's life said...

oyeke...mase tuh maen kat shah alam kan..? hurmm btowl ke rmai star player x dtg..? coz tgk list yg direleasekan utk press,hargreaves n vidic je xde...tp xpelaa..at least u already had experienced watching united live...

 
At Thursday, July 16, 2009 8:24:00 PM , Anonymous eLVie said...

a'ah..dgr td that korean star player pun tak datang and i didnt catch another 2-3 names dlm news just now..

eh hari nih u all cuti ek? slalu apa xtiviti kalau kat sana cuti?

 
At Thursday, July 16, 2009 9:08:00 PM , Blogger mizie's life said...

yup...2day public holiday lorh...friday biase ar...duk umah je lorh...klu rajin pun after jumaat baru kuar lepak2...tp 2day x taw lagi nk gerak ke tak...park ji-sung x dtg ek..? hurmmm not sure plax bout dat...2day u keje lorh kan...

 
At Thursday, July 16, 2009 9:09:00 PM , Blogger mizie's life said...

haa lupe plax nk mention,diz monday we all cuti lagi sempena pertabalan tuanku...hehe...tp sunday keje...adoii...

 
At Friday, July 17, 2009 9:32:00 AM , Anonymous Anonymous said...

saturday cuti..sunday keje..monday cuti..fuhh itu boleh bikin stress..tp apakah daya, seorg guru haruslah memikirkan masa depan anak muridnya berbanding diri sendiri. tak gitu?? ;)

 
At Saturday, July 18, 2009 5:27:00 AM , Blogger mizie's life said...

haha...datz rytez...lgpun small matter jer tu...datz mean,next week school only 3 days coz on thursday i'll be going to kenyir lake for da camping plak...weehee...

 
At Thursday, July 30, 2009 6:54:00 AM , Blogger mizie's life said...

da latest away jersey for season 2009/2010 will be unveilled on 13 august...blue black jersey...so nice and handsome...hehe

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home