Saturday, July 11, 2009

PoliticScenario_100 Hari di Kerusi Perdana Menteri...Najib di hati Rakyat...


Tanggal 11 Julai 2009 telah genap 100 hari YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 selepas mengambil alih pentadbiran negara dalam situasi yang cukup lancar dan harmoni daripada mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi di Bangunan Perdana Putra pada 3 April 2009 dan juga mengangkat sumpah taat setia dan sumpah menyimpan rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara...
Sebaik sahaja YAB Datuk Seri Najib memulakan tugas beliau di Pejabat Perdana Menteri, beliau telah melakukan pengumuman pertama bagi membebaskan 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Penjara Kamunting di Perak serta turut menegaskan untuk mengkaji keberkesanan dan survival Akta Keselamatan Dalam Negeri pada masa kini... Akta Keselamatan Dalam Negeri diwujudkan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap yang tertinggi...
Selain daripada itu, YAB Datuk Seri Najib juga telah memperkenalkan konsep '1Malaysia : Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan' bagi memastikan kestabilan politik dan hubungan erat antara rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama terus berkekalan... Rakyat juga didahulukan dalam erti kata dari bidang perkhidmatan yang menyaksikan penjawat2 sektor awam terutamanya perlu dan mestilah memberikan penekanan bagi memastikan segala kehendak rakyat dapat dipenuhi dan segala permasalahan rakyat dapat diatasi... Pencapaian dari pelbagai bidang juga akan terus diutamakan bagi memastikan negara Malaysia akan terus berada sebaris dengan negara2 membangun yang lain...
Selain dari itu, YAB Datuk Seri Najib juga telah memperkenalkan konsep 'walkabout' yakni suatu konsep yang memastikan beliau akan sentiasa turun padang bagi melihat dan mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia... Pada hari ke-2 beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia iaitu pada 4 April 2009, YAB Datuk Seri Najib telah melakukan lawatan mengejut ke Kampung Kerinchi, Jalan Petaling dan juga Jalan Tun Sambanthan di Brickfields bagi melihat sendiri situasi semasa di ketiga-tiga lokasi berkenaan... Beliau juga melakukan beberapa lagi lawatan 'walkabout' terutamanya ke Hentian Puduraya dan menyarankan agar Hentian Puduraya dinaiktaraf menjadi terminal kenderaan awam yang terunggul di Malaysia...
Pada 9 April 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan barisan Kabinet baru pimpinan beliau bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Malaysia terus efisyen dan relevan... Barisan Kabinet Malaysia yang dianggotai oleh 28 orang Menteri itu didahului oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri... Barisan Kabinet ini juga dikenali sebagai 'Kabinet Rakyat' dalam usaha untuk memastikan aspirasi rakyat Malaysia akan dapat dicapai dan dipenuhi...
Dalam memastikan Menteri2 Kabinet yang dilantik dapat menampilkan prestasi yang cukup jitu dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat, YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan sistem KPI iaitu 'Penunjuk Prestasi Utama'... KPI ini akan memastikan setiap Menteri akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dan permasalahan yang diutarakan oleh rakyat terhadap kementerian masing2...
Dari segi bidang ekonomi pula, YAB Datuk Seri Najib telah melaksanakan pelbagai liberalisasi terutamanya dalam usaha kerajaan bagi menangani masalah ekonomi global yang melanda di seluruh dunia sebaik sahaja YAB Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah... Sebaik sahaja mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Abdullah, YAB Datuk Seri Najib terus tidak duduk diam bagi memastikan rakyat berjaya melalui masalah ekonomi global ini...
Antara tindakan pertama YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan adalah mengumumkan pelan untuk meningkatkan 27 subsektor ekonomi bagi menjana pasaran Malaysia... YAB Datuk Seri Najib juga telah melaksanakan 2 pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM67 billion bagi memastikan Malaysia dapat keluar dari belenggu krisis ekonomi global pada ketika ini... Selain itu, YAB Datuk Seri Najib juga telah menubuhkan Majlis Ekonomi Negara bagi memastikan kelancaran usaha dan proses untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang tertinggi...
YAB Datuk Seri Najib juga berusaha untuk mengkaji semula kadar tol yang dikenakan pada ketika ini terhadap pengguna di semua lebuhraya bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan kos2 penyelenggaraan jalanraya... Beliau turut berjanji untuk memastikan masalah kesesakan lalulintas di semua jalan terutamanya di jalan2 di ibukota dapat diatasi dengan segera oleh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya agar tidak lagi memberi kesulitan kepada rakyat...
Lawatan pertama YAB Perdana Menteri ke luar negara adalah ke China dan lawatan berkenaan juga mengimbau lawatan pertama ayahanda beliau iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 35 tahun yang lalu... Mesyuarat rasmi pertama di luar negara yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri ialah Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya, Thailand... Pemimpin asing pertama yang melakukan lawatan rasmi terhadap YAB Perdana Menteri di Kuala Lumpur adalah Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajjiva sebaik sahaja Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya berakhir... Selain melakukan lawatan ke China dan Thailand, YAB Datuk Seri Najib turut melakukan lawatan rasmi ke Brunei, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan dalam tempoh masa 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri...
Bagi meningkatkan prasarana dan kemudahan infrastruktur di Sabah, YAB Perdana Menteri telah menyalurkan sebanyak RM240 juta terutamanya bagi membina hospital baru di Kota Kinabalu untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Queen Elizabeth... Selain daripada itu, bagi mengaplikasikan aspirasi '1Malaysia', YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menawarkan Biasiswa Nasional untuk semua rakyat tidak mengira bangsa dan kaum yang berkelayakan...
Dalam perhimpunan '100 Hari Najib Bersama Rakyat' yang diadakan di Dewan Konvensyen Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada hari ini, YAB Datuk Seri Najib juga telah mengumumkan beberapa pendekatan untuk kesejahteraan rakyat... Yang pertama ialah berkaitan kadar tol di seluruh negara terutamanya bagi mereka yang terpaksa melaluinya setiap hari untuk ke tempat kerja... YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bagi mereka yang membayar tol lebih daripada 50 kali sebulan, akan mendapat diskaun sebanyak 20% mulai September 2009... Yang ke-2 adalah berkaitan dengan penyewa Program Perumahan Rakyat... Mereka semua akan diberi pilihan untuk membeli unit2 berkenaan berbanding daripada hanya menyewa pada ketika ini dan sebanyak 40,000 unit akan ditawarkan...
Yang ke-3 adalah berkaitan dengan peniaga dan penjaja kecil... Bagi peniaga dan penjaja kecil di Wilayah Persekutuan, mereka akan diberi potongan 50% untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka setelah tempoh lesen perniagaan mereka tamat... Peruntukan untuk dana TEKUN juga telah ditambah sebanyak RM150 juta... Yang ke-4 adalah berkaitan dasar permit teksi untuk individu yang menjadikannya sebagai pekerjaan sambilan... Tambahan 3,000 permit akan diberikan kepada individu yang memandu teksi secara kontrak bagi memudahkan mereka untuk menambah hasil pendapatan mereka... Yang ke-5 adalah berkaitan memerangi jenayah dan rasuah yang semakin berleluasa di seluruh negara... YAB Perdana Menteri menyatakan yang hal ini akan diperincikan akhir bulan ini...
Yang ke-6 adalah berkaitan pendaftaran bagi kelahiran baru yang masih belum didaftarkan terutamanya bagi mereka yang berada di Sabah dan Sarawak... Semuanya akan diselesaikan juga menjelang akhir tahun ini... Yang ke-7 adalah berkaitan hal kewarganegaraan yang tertangguh... Segala masalah yang berkaitan dengan taraf kewarganegaraan akan diselesaikan sebelum penghujung tahun ini... Yang ke-8 adalah berkaitan pembangunan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak... Jaringan jalan berturap akan ditingkatkan kpd 1,500 kilometer untuk Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan dibentangkan tidak lama lagi...
Yang ke-9 adalah berkaitan bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak... Hal ini akan ditingkatkan dan akan diperincikan menjelang akhir bulan ini... Yang ke-10 adalah isu yang berkaitan terus dengan generasi muda yang menggunakan motosikal terutamanya kapcai... Yuran mengambil lesen yang kini bernilai RM500 sehingga RM700 ke atas, akan diturunkan kepada RM211 dengan serta merta dengan kerjasama semua sekolah memandu yang berada di Malaysia... Yang ke-11 adalah berkaitan untuk memerangi kemiskinan di bandar... Satu skim baru akan diwujudkan iaitu Amanah Saham 1Malaysia yang akan dilancarkan bagi rakyat berusia 18 tahun ke atas dengan jumlah 10 billion unit...
Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan '100 Hari Najib bersama Rakyat', YAB Perdana Menteri telah meluahkan sebuah nukilan hasil ciptaannya sendiri yang bertajuk...
HARAPAN
Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
Kerna
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah
Rakan dan taulan
Sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan
Kita melangkah sehaluan
1suara, 1impian, 1harapan, 1Malaysia

7 Comments:

At Sunday, July 12, 2009 10:46:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

harap2 pengumuman tersebut dapat meringankan beban rakyat dari semua aspek..

 
At Monday, July 13, 2009 2:41:00 AM , Blogger mizie's life said...

ya..harap2 begitu juga...dalam masa yang sama,semua itu adalah sebagai persediaan kerana dijangka tahun hadapan iaitu tahun 2010 akan berlaku krisis ekonomi lagi...

 
At Tuesday, July 14, 2009 3:04:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

btol ke ney...?

 
At Tuesday, July 14, 2009 4:16:00 AM , Blogger mizie's life said...

itu adalah ramalan beberapa penganalisis ekonomi...namun,kebenarannya tidak dpt dibuktikan...tapi,langkah berjaga2 perlu juga diambil...

 
At Tuesday, July 14, 2009 11:28:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

sediakan payung sebelum hujan...

 
At Wednesday, July 15, 2009 12:54:00 AM , Blogger mizie's life said...

datz ryte...whatever happen,we need to be prepared first...

 
At Monday, July 27, 2009 7:11:00 AM , Blogger mizie's life said...

1..NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan dipantau oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin; 2...NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah dipantau oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein; 3...NKRA untuk memerangi rasuah dipantau oleh Datuk Seri Nazri Aziz; 4...NKRA untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dipantau oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil; 5...NKRA untuk memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dipantau oleh Datuk Seri Shafie Apdal; 6...NKRA untuk menambah baik pengangkutan awam dipantau oleh Datuk Seri Ong Tee Keat...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home