Tuesday, June 30, 2009

SportsLink_English Premier League...Man.Utd and Transfer Window...

Manchester United akan kehilangan 2 pemain utama apabila Cristiano Ronaldo akan mula menyarung jersi Real Madrid selama 6 tahun bermula 1 Julai 2009 dgn rekod dunia nilai perpindahan pemain bolasepak iaitu 80 juta Pound... Manakala Carlos Tevez pula dijangka menandatangani kontrak bersama Manchester City dengan jangkaan nilai perpindahan setinggi 30 juta Pound...
Edwin Van der Sar pula hampir menyatakan bahawa musim 2009/2010 adalah musim terakhir beliau bersama United sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain profesional di Old Trafford pada akhir musim...
Antara pemain yang dijangka menyarung jersi Man.United bagi musim 2009/2010 adalah Antonio Valencia (pemain sayap Wigan yang berasal dari Ecuador) yang dijangka tiba dengan yuran perpindahan sebanyak 16 juta Pound... Valencia juga dijangka menyarung jersi nombor 7 United bagi musim hadapan... Selain daripada Valencia, Sir Alex Ferguson juga dalam proses utk mendapatkan persetujuan daripada Lyon bagi memiliki Karim Benzema dengan jangkaan nilai perpindahan 30 juta Pound... Selain itu, Ferguson juga sudah hampir pasti mendapatkan tandatangan Douglas Costa (pemain sayap Gremio yang berasal dari Brazil) dan juga Nilmar (penyerang Internacional juga berasal dari Brazil) bagi mengukuhkan pasukan United bagi musim 2009/2010...
Diharapkan United akan terus gah pada musim 2009/2010 walaupun kehilangan khidmat Ronaldo dengan jangkaan kehadiran Valencia, Nilmar dan Costa serta Benzema...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home