IslamicBaraqah_Ramadhan...Baraqah Terus Menaungi Umat...

Allah S.W.T telah berfirman : "Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat2 yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa" (Surah al-Baqarah : 183)...
Nabi Muhammad S.A.W juga telah bersabda : "Berpuasalah kamu tentu kamu akan sihat"... Baginda S.A.W juga pernah bersabda : "Perut besar itu adalah sarang bagi penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"...
Selain daripada itu, terdapat pelbagai faedah dan hikmah bagi orang2 yang berpuasa... Antaranya adalah :
- tanda bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
- mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak keburukan) agar berubah kepada nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram dan juga bersedia untuk menjunjung titah perintah Allah S.W.T
- melatih dan mendidik jiwa supaya memiliki sifat belas kasihan terhadap orang2 yang susah menderita dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka
- membersihkan diri daripada sifat mazmumah (keji) seperti sombong, tamak, hasad dengki dan lain2
- mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
- memperoleh kecerdasan akal dan fikiran

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang telah aqil baligh dan ketiadaan uzur syari'e... Uzur puasa adalah seperti sakit mahupun dalam perjalanan yang melebihi 90 km... Puasa Ramadhan juga adalah Rukun Islam yang ke-5... Pahala yang dikurniakan apabila menunaikannya adalah tersangat besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menunaikan perintah agama serta menuntut keredhaan Allah S.W.T, nescaya diampunkan dosa2nya yang telah lalu"...
Adalah amat digalakkan agar kanak2 yang belum baligh juga diajar untuk belajar berpuasa agar mereka dapat membiasakan diri mereka apabila umur mereka sudah mencapai aqil baligh... Bulan Ramadhan hanya datang sekali sahaja dalam setahun dan dipenuhi dengan baraqah dan kurniaan dari Ilahi... Maka adalah amat dituntut agar umat Islam dapat merebut segala kelebihan yang dikurniakan sepanjang bulan Ramadhan...
6 Comments:
selamat berpuasa...
selamat berpuasa jugk...
biler nak buka pose sma2...ajop ar kwn awk skali.
hurmm ntahlaa...xdop transport ney xley ar nk pandai2 reka...
so,biler nak buka pose sma2 ney...cpt lar reka,transport xde problem kot sbb awk ramai driver...hihiii;)
decidelaa tarikh...tmpat byk jer...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home