Thursday, September 10, 2009

SportsLink_FIFA South Africa 2010 World Cup...11 Pasukan Sudah Pasti ke Afrika Selatan...

Selepas Afrika Selatan selaku tuan rumah; Korea Selatan, Jepun, Korea Utara dan Australia selaku wakil Zon Asia; dan Belanda selaku wakil pertama Zon Eropah yang memastikan tempat ke Piala Dunia 2010, 5 lagi pasukan terbaru telah berjaya menempah tiket ke Afrika Selatan menjadikan jumlah 11 pasukan sudah layak ke Piala Dunia 2010...


Brazil menjadi wakil pertama dari Zon Amerika Selatan yang memastikan tempat ke Piala Dunia apabila berjaya menempah tiket pada 5 September 2009 selepas mengharungi 15 perlawanan kelayakan dengan menewaskan Argentina 3-1 di Buenos Aires... Gol2 Brazil pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Luisao dan 2 gol daripada Luis Fabiano manakala gol tunggal Argentina dijaringkan oleh Jesus Datolo... Dunga sudah selamat, Maradona semakin gelisah...


Ghana pula menjadi wakil pertama Zon Afrika selain tuan rumah yang layak secara automatik apabila mengatasi cabaran Sudan dengan keputusan 2-0 melalui jaringan Sulley Muntari dan Michael Essien pada 5 September 2009...


England menjadi wakil kedua Zon Eropah layak ke Afrika Selatan 2010 apabila mengatasi cabaran getir Croatia yang telah menyingkirkan mereka dari Kejohanan Eropah 2008 dengan keputusan 5-1 di Wembley pada 9 September 2009... Gol2 'Three Lions' dijaringkan oleh Frank Lampard dengan 2 gol, Steven Gerrard juga dengan 2 gol dan Wayne Rooney manakala gol tunggal Croatia dijaringkan oleh Eduardo... Fabio Capello telah melakukan tugas sensasi beliau dengan begitu cemerlang apabila mengekalkan rekod tanpa kalah England dalam pusingan kelayakan...


Sepanyol menjadi wakil ketiga Zon Eropah apabila menewaskan Estonia dengan 3-0 di La Coruna pada 9 September 2009 menerusi jaringan Cesc Fabregas, Santi Cazorla dan Juan Mata... Sepanyol juga masih mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 tanpa sebarang kekalahan...


Pasukan ke-11 yang menempah tiket ke Afrika Selatan adalah Paraguay yang menjadi pasukan kedua Zon Amerika Selatan... Paraguay berjaya memastikan tempat apabila menewaskan Argentina 1-0 di Asuncion pada 9 September 2009 menerusi jaringan tunggal Nelson Valdez... Apa sudah jadi pada Argentina dan Maradona..??

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home