Sunday, September 6, 2009

SportsLink_MotoGP...Rossi Won...On da Right Path to da Championship...

Valentino Rossi merakamkan kemenangan yang ke-6 pada musim ini apabila menguasai GP Cinzano Di San Marino E Della Riviera Di Rimini yang berlangsung sebentar tadi... Rossi merakamkan kemenangan di Litar Misano dengan cukup bergaya apabila mengatasi rakan sepasukan dari Yamaha iaitu Jorge Lorenzo dan pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa yang menduduki tempat kedua dan ketiga...


Rakan sepasukan Pedrosa, Andrea Dovizioso pula menduduki tempat ke-4 manakala pelumba Rizla Suzuki MotoGP, Loris Capirossi menduduki tempat ke-5... Toni Elias dari pasukan San Carlo Honda Gresini menduduki tempat ke-6 diikuti Mika Kallio dari pasukan Ducati Marlboro Team di tempat ke-7... Marco Melandri dari pasukan Hayate Racing Team berada di tempat ke-8 diikuti rakan sepasukan Capirossi, Chris Vermeulen menduduki tempat ke-9 dan James Toseland dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 menduduki tempat ke-10...


Dengan kemenangan ke-6 ini, Rossi terus menguasai carta keseluruhan dengan 237 mata diikuti Lorenzo dengan 207 mata dan Pedrosa dengan 157 mata... Ini diikuti Casey Stoner dengan 150 mata dan Dovizioso dengan 133 mata...


Perlumbaan seterusnya adalah perlumbaan yang ke-14 yang akan berlangsung di Estoril, Portugal iaitu bwin.com Grande Premio De Portugal pada 2 Oktober 2009 sehingga 4 Oktober 2009...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home