Saturday, September 5, 2009

IslamicBaraqah_15 Ramadhan 1430...Separuh Ramadhan Sudah Pergi...Hanya Sebahagian Lagi untuk Diburu...

Separuh Ramadhan al - Mubarak sudah berlalu pergi meninggalkan kita untuk tahun ini... Berlalu pergi dengan 2 tanda tanya... Adakah kita berjaya menunaikan Ramadhan kali ini dengan penuh ibadah dan ketaqwaan..? Adakah kita hanya membiarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja seumpama bulan2 yang laen..?
Berlalunya separuh Ramadhan al - Mubarak ini akan membawa kepada jangkaan pengurangan yang berganda kepada jumlah jemaah yang memenuhi saf2 di masjid2... Pada kebiasaannya, sebaik sahaja tiba kepada separuh bulan puasa, ramai di antara kita sudah mula menyibukkan diri dengan persediaan untuk menyambut Aidilfitri... Perkara rutin yang diulang2 pada setiap tahun...!! Maksudnya..??
Maksudnya adalah,orang kita ney masih lagi dengan mentaliti yang sama pada setiap tahun kerana masih merasakan amat penat untuk bershopping pada siang hari ketika menunaikan ibadah puasa... Merasa rugi andainya tenaga yang sedikit cuma itu digunakan untuk berjalan bagi membeli pakaian mahupun langsir yang baru ataupun menarik tangan anak2 untuk menunaikan hajat dan impian anak2 untuk berpakaian baru di Hari Lebaran... Namun langsung tidak merasa rugi apabila mencuba pakaian yang hendak dibeli di kedai pada waktu orang lain terutamanya bagi generasi yang beusia 60 tahun dan ke atas sedang khusyuk beribadat dan mengabdikan diri pada Yang Maha Esa...
Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk masa dipenuhi dengan rehat, tidur mahupun berangan juadah untuk berbuka puasa...!!! Namun, jadikanlah puasa itu sebagai satu latihan bagi kita untuk terus mendisiplinkan diri kita... Apa salahnya jika kita tidak mahu mengisi masa siang kita dengan membaca al -Quran sekalipun, kita penuhi masa itu untuk menunaikan persiapan keperluan untuk menyambut Aidilfitri... Usah kita bazirkan masa pada waktu malam yang seusai cuma yang sepatutnya diperuntukkan untuk menunaikan terawih yang hanya sebulan sekali, untuk menunaikan perkara yang boleh dilakukan pada sepanjang tahun...!!!
Renung - renungkanlah bicara seorang insan yang hanya berkelana di bumi Tuhan ini buat seketika cuma...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home