Monday, September 7, 2009

PoliticScenario_Demokrasi di Malaysia...Apa Dah Jadi..??

Semakin hari berlalu semakin kita disajikan dengan isu politik yang pada rutin kebiasaannya kira2 10 tahun ataupun 8 tahun yang lalu, tidak pernah kita jangka akan terjadi... Namun, apa yang ingin saya coretkan di sini, mungkin rakan2 sekalian akan mengatakan ianya adalah suatu konflik identiti...
Saya ingin bertanya... Hari ini, parti politik manakah yang boleh dipercayai dan dipegang..?? Di sini saya ingin menyatakan walaupun saya seorang yang pro - kerajaan, namun berlaku beberapa isu yang tidak sepatutnya berlaku akhir2 ini...
Di pihak kerajaan, UMNO masih tidak lekang dari krisisnya sendiri... MCA pula pada ketika ini telah menyajikan kepada kita suatu isu yang telah berlaku dalam UMNO 10 tahun yang lalu... MIC pula telah menghidangkan kepada kita isu pemilihan Majlis Tertinggi parti yang mungkin 'lebih hangat daripada biasa'...
Di pihak pakatan pembangkang pula, isu kuasa terus diwara - warakan di Perak oleh PAS dan sekutunya... Dengan 'rekod' sidang Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, mereka beralih pula kepada sidang Dewan Undangan Negeri di dalam hotel... Di Selangor pula, pentadbiran negeri yang dimiliki oleh PKR dan sekutunya terus menghidangkan isu pemindahan kuil di Seksyen 19, Shah Alam... Isu cubaan menggunakan wang hasil kutipan zakat untuk pembangunan negeri turut menjadi pertikaian baru2 ini... Di Pulau Pinang, pimpinan DAP dan sekutunya mengharungi cabaran dan gesaan penduduk2 Kampung Buah Pala ataupun turut dikenali dengan High Chapparal yang mahukan nilai pampasan yang lebih tinggi jika mahu mereka berpindah dari penempatan asal yang akan dimajukan...
Sebagai rakyat yang menyayangi negaranya, saya amat merasakan kita tidak sepatutnya terus dihidangkan dengan masalah2 dan hal2 yang sedemikian rupa... Selepas Pilihanraya Umum ke-12, sepatutnya semua parti dan wakil rakyat harus berkhidmat dan memajukan kawasan yang ditadbir masing2... Bukannya terus mencari isu untuk disensasikan dan untuk mencari target dan tempat untuk ditudingkan jari bahawa masalah itu bukan masalah kita... Saya amatlah berharap, semua isu2 berkenaan dapat diselesaikan dengan baik dan muafakat...

4 Comments:

At Monday, September 07, 2009 6:02:00 PM , Blogger as i am said...

plihan raya hanyalh mainan politik..n pihak pembgkang..isu kecil dperbesarkan..waima sbezar kuman sekalipun..msih ad plihan raya kecil yg menanti..wait n see...

 
At Wednesday, September 09, 2009 12:05:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

PRK Dun Bagan Pinang pasni ekk..

 
At Wednesday, September 09, 2009 4:27:00 PM , Blogger mizie's life said...

haah...kemungkinan PRK itu slps rayer...

 
At Wednesday, September 09, 2009 6:36:00 PM , Blogger as i am said...

semestinyer..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home